Pada konsep yang umumnya, blog adalah satu ruangan yang
digunakan untuk mencatat apa-apa idea, pemikiran, pengalaman, pendapat atau
butir-butir kehidupan dan berkongsi ia dengan orang awam yang mengunjungi blog.
Manakala konsep utama blog saya adalah untuk perkongsian maklumat usahawan dengan pihak lain atau orang awam secara
digital dan elektronik. Hal ini kerana dengan cara sebegini, maklumat akan
disampaikan dengan kecekapan dan berkesan. Blog ini yang utamanya adalah
berkaitan dengan usahawan-usahawan yang berjaya dan proses pembangunan
perniagaan mereka. Kejayaan mereka dicatatkan untuk memberi pengajaran dan
sebagai sesuatu pembelajaran kepada pemuda-pemudi hari ini yang ingin membuat
keusahawanan.
Wednesday, 15 October 2014
Friday, 10 October 2014
Muhammad Yunus dengan Grameen Bank
Muhammad Yunus adalah seorang pemimpin usahawan sosial Bangladesh yang telah dianugerahkan Hadiah Nobel Keamanan untuk pengasas Grameen Bank dan merintis konsep mikro dan pembiayaan mikro. Pinjaman ini diberikan kepada usahawan terlalu miskin untuk melayakkan diri untuk pinjaman bank tradisional. Pada tahun 2006, Yunus dan Grameen Bank telah dianugerahkan secara bersama Hadiah Nobel Keamanan "kerana usaha mereka melalui kredit mikro untuk mewujudkan pembangunan ekonomi dan sosial dari bawah". Muhammad Yunus adalah penciptaan idea dan produk untuk menyelesaikan masalah sosial.
Muhammad Yunus diilhamkan semasa kebuluran Bangladesh
pada tahun 1974 untuk membuat pinjaman kecil AS $ 27 kepada sekumpulan 42
keluarga sebagai wang permulaan supaya mereka boleh membuat barangan untuk
dijual, tanpa beban faedah yang tinggi di bawah pinjaman pemangsa. Sebegini, Yunus
percaya bahawa membuat pinjaman tersebut kepada penduduk yang lebih besar boleh
merangsang perniagaan dan mengurangkan kemiskinan luar bandar yang luas di
Bangladesh.
Pada tahun 1976, Yunus membangunkan prinsip-prinsip
Grameen Bank, "Bank of Kampung" dari penyelidikan dan pengalaman
beliau. Beliau mula berkembang mikro sebagai projek penyelidikan bersama-sama
dengan Projek Ekonomi Luar Bandar di Universiti Bangladesh Chittagong untuk
menguji kaedah beliau untuk menyediakan perkhidmatan kredit dan perbankan
kepada golongan miskin luar bandar.
Objektif Grameen ini adalah untuk menggalakkan kebebasan
kewangan di kalangan golongan miskin. Yunus menggalakkan semua peminjam untuk
menjadi penyimpan, supaya modal tempatan mereka boleh ditukar menjadi pinjaman
baru kepada orang lain. Sejak tahun 1995, Grameen telah membiayai 90 peratus
daripada pinjaman dengan pendapatan faedah dan deposit yang dikumpul, menjajarkan
kepentingan peminjam-peminjam baru dan pendeposit dan pemegang saham. Grameen
menukarkan deposit yang dibuat di kampung-kampung ke dalam pinjaman untuk golongan
yang lebih miskin di kampung-kampung.
Budaya Keusahwanan
Budaya keusahawanan
didefinisikan sebagai corak perilaku individu dan kumpulan individu dalam
sebuah masyarakat, yang cenderung ke arah melakukan kegiatan-kegiatan yang
berkaitan dengan perniagaan. Budaya ini selalunya dikaitkan dengan keupayaan
pemimpin untuk mengenalpasti kemahiran, keupayaan dan ciri-ciri keusahawanan
yang dimiliki individu di tempat kerja serta membentuk mereka ke arah itu
supaya pasukan kerja bercirikan keusahawanan akan wujud di tempat kerja.
Kesedaran ini akan membantu pemimpin membentuk satu kumpulan kerja keusahawanan
yang boleh menjamin kejayaan organisasi sekolah terutama dalam mengurus idea
inovatif secara kreatif.
Proses pembudayaan membolehkan usahawan bertindak
selaras dengan tuntutan moral, etika dan akhlak agar kesan daripada
aktiviti yang dilakukan akan mendatangkan kesejahteraan kepada diri sendiri dan
masyarakat pada masakini atau akan datang. Untuk membangunkan budaya
keusahawanan, haruslah memberi tumpuan kepada beberapa perkara.
Yang pertama sekali ialah mengawal halatuju
masing-masing. Setiap perniagaan yang diceburi oleh usahawan akan sentiasa
mengalami ketidakstabilan, perubahan dan terdedah kepada
ancaman dalaman atau luaran. Keadaan ini memerlukan
usahawan menyelia, melaksana dan mengawal halatuju perniagaan yang diceburi
agar terus berkembang . Halatuju perniagaan yang
jelas akan membolehkan usahawan menyusun strategi untuk terus
memajukan perniagaan. Usahawan perlu mempunyai pemikiran yang
mampu memfokus kepada masa depan dengan merancang strategi-strategi yang paling
sesuai bagi memajukan perniagaannya. Kemudian adalah memaksimumkan potensi
diri.
Usahawan tidak boleh berpuas hati dengan apa yang setakat
ini sahaja. Mereka perlu meneruskan dan memaksimumkan usaha, kemahiran dan kemampuan diri
bagi menjamin kelangsungan perniagaan yang diceburi. Mereka
perlu sentiasa membuat analisis pemasaran produk, kekuatan pesaing dan
melihat permasalahan, peluang seta sebarang perubahan secara
holistik. Selain itu mereka mesti sentiasa bersedia untuk
berhadapan dengan sebarang risiko dan juga ketidakpastian serta tahu
tentang strategi dan taktik untuk menangani nya dan
menjadikan sesuatu risiko dan ancaman itu sebagai satu peluang yang boleh
menguntungkan.
Seterusnya adalah memastikan mendapat keuntungan.
Walaupun keuntungan tidaklah semestinya menjadi objektif utama perniagaan
tetapi ia tetap menjadi kayu pengukur kejayaan seseorang
usahawan. Keuntungan yang dicapai melambangkan kejayaan sesebuah
syarikat kerana dengan keuntungan yang diperolehi membolehkan sesebuah syarikat
itu mengembangkan lagi perniagaannya, mengaplikasikan teknologi terkini dalam
pengeluaran dan operasi perniagaan dan membolehkannya membuat promosi
yang lebih agresif lagi. Keuntungan juga boleh meningkatkan
keyakinan pekerja terhadap syarikat kerana mereka tahu sebahagian
daripadakeuntungan yang diperolehi akan dipulangkan kepada mereka sama ada
dalam bentukdividen, bonus atau kenaikan gaji tahunan. Ia
juga boleh meningkatkan keyakinan pembekal dan kreditor bahawa
syarikat mampu membayar pinjaman dan kredit yangdiberikan
kepada mareka. Keuntungan yang diperolehi akan meningkatkan
keyakinanmasyarakat dan pelabur terhadap syarikat kerana mereka yakin syarikat
bersediauntuk memenuhi tanggungjawab sosial dan memberi pulangan yang
menguntungkan ke atas pelaburan yang dilakukan.
Artikel :
Kepentingan Keusahawanan
Kepentingan Keusahawanan
1. Menggalakkan pertumbuhan ekonomi
Peranan keusahawanan di dalam pembangunan ekonomi bukan
setakat meningkatkan kadar per kapita pengeluaran dan pendapatan. Aktiviti pembaharuan (inovasi) juga menjadi pendorong
para pemodal (pelabur) untuk melabur di dalam peluang baru yang dicipta. Selain
itu, kerajaan atau pihak berkuasa tempatan menjalankan cukai dan hasilnya pergi
ke arah meningkatkan pendapatan negara.
2. Mencipta peluang pekerjaan baru
Seseorang usahawan kecil atau besar menubuhkan sebuah
perniagaan baru memerlukan khidmat pekerja dan secara langsungnya mereka
menyediakan peluang pekerjaan.
3. Meningkatkan taraf hidup masyarakat
Usahawan mewujudkan dan mempelbagaikan pilihan barang
yang hasil daripada peningkatan teknologi
dan produk baru melalui kreativiti dan inovasi usahawan. Dengan
peningkatan teknologi dan produk baru, mengurangkan beban keluarga dan
menjadikan kerja-kerja harian jadi senang. Keuntungan yang diperolehi melalui
keusahawanan akan meningkatkan pendapatan sesebuah keluarga dan meningkatkan
taraf hidup, seperti keselesaan, kesihatan dan pendidikan.
Keusahawanan Sosial
Usahawan sosial adalah individu yang mempunyai
penyelesaian inovatif atau innovative solution kepada masalah sosial
yang yang sedang dihadapi oleh masyaratnya. Seorang usahawan adalah individu
yang merangsangkan kemajuan ekonomi dengan mencari cara baru atau
cara yang lebih baik untuk melaksanakan sesuatu. Seseorang usahawan sosial akan
mengambil apa juga peluang dan kesempatan yang terbuka, yang mana
tidak disedari oleh orang lain, untuk memperbaiki sistem masyarakat,
mengilhamkan pendekatan baru dan juga memikirkan cara penyelesaian yang baru
untuk memperbaiki lagi masyarakat disekelilingnya.
Diantara usahawan sosial yang terkenal adalah Mary
Montessori dari Itali yang telah mengilhamkan pendekatan Montessori dalam
pendidikan kanak-kanak pra sekolah. Di India pula terdapat uVinoba Bhave yang
telah berjaya membantu rakyat yang tidak mempunyai tanah dengan mengagihkan
hampir tujuh juta ekar tanah. Beliau adalah pelopor Land Gift
Movement.
Contoh keusahawanan sosial di Malaysia
Keusahawanan sosial
basmi kemiskinan
Bagi menuntut transformasi tulen, bukannya sekadar
penambahbaikan rutin. Di Malaysia, pelancaran Model Baru Ekonomi (MBE) oleh
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah progresif. Untuk benar-benar
merealisasikan MBE, antara lain, kita perlukan pendekatan “keusahawanan
sosial”, iaitu menyelesaikan masalah sosial dan alam sekitar melalui model
keusahawanan.
Dalam membasmi kemiskinan, ia digunakan sebagai langkah
afirmatif baru. Premisnya tidak lagi orang miskin tidak berwang. Premis barunya
ialah orang miskin berwang, tetapi tidak mampu membeli barangan dan
perkhidmatan yang ditawarkan dalam sampul harga kini. Sekiranya ada usahawan
sosial menawarkannya dengan sampul harga lain, maka, mereka mampu membelinya.
Sektor perniagaan perlu digalakkan menukar daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) kepada keusahawanan sosial. Contohnya, pasar raya besar yang melakukan CSR, sebenarnya, telah terlebih dahulu membenam peniaga kecil berhampirannya. Tetapi, dengan keusahawanan sosial, peniaga kecil itu dapat dibawa membangun bersama pasar raya besar itu.
Keusahawanan sosial basmi kemiskinan
Sektor perniagaan perlu digalakkan menukar daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) kepada keusahawanan sosial. Contohnya, pasar raya besar yang melakukan CSR, sebenarnya, telah terlebih dahulu membenam peniaga kecil berhampirannya. Tetapi, dengan keusahawanan sosial, peniaga kecil itu dapat dibawa membangun bersama pasar raya besar itu.
Keusahawanan sosial basmi kemiskinan
Keusahawanan sosial dan alam sekitar
Pencemaran demi pencemaran
terus berlaku, lantas menimbulkan keinginan bagi mencari kaedah-kaedah lain
yang difikirkan lebih sesuai dan berkesan.
Salah satu kaedah yang kurang diberikan perhatian adalah keusahawanan sosial (social entrepreneurship), yang merujuk kepada penggunaan prinsip-prinsip keusahawanan bagi menyusun, mewujudkan dan mengurus tindakan yang bertujuan mencapai perubahan sosial. Dalam konteks ini, perubahan sosial yang dikehendaki adalah pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.
Contoh masalah pencemaran yang dapat memanfaatkan keusahawanan sosial adalah pencemaran sungai yang semakin kronik dan bakal menyaksikan kemudaratan yang teruk jika ia tidak diselesaikan secara tuntas, berikutan air adalah sumber asas kehidupan. Perniagaan-perniagaan berteraskan ekopelancongan dapat menjadi salah satu komponen dalam program keusahawanan sosial alam sekitar ini. Sungai dapat dijadikan tarikan pelancong dalam subsektor ekopelancongan, yang mana pada masa yang sama, sungai dipelihara dan dipulihara. Program ini cuma menumpukan pada projek ekopelancongan yang menjadikan sungai sebagai penarik dan wadah utamanya, bukan sebagai bahan niaga.
Salah satu kaedah yang kurang diberikan perhatian adalah keusahawanan sosial (social entrepreneurship), yang merujuk kepada penggunaan prinsip-prinsip keusahawanan bagi menyusun, mewujudkan dan mengurus tindakan yang bertujuan mencapai perubahan sosial. Dalam konteks ini, perubahan sosial yang dikehendaki adalah pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.
Contoh masalah pencemaran yang dapat memanfaatkan keusahawanan sosial adalah pencemaran sungai yang semakin kronik dan bakal menyaksikan kemudaratan yang teruk jika ia tidak diselesaikan secara tuntas, berikutan air adalah sumber asas kehidupan. Perniagaan-perniagaan berteraskan ekopelancongan dapat menjadi salah satu komponen dalam program keusahawanan sosial alam sekitar ini. Sungai dapat dijadikan tarikan pelancong dalam subsektor ekopelancongan, yang mana pada masa yang sama, sungai dipelihara dan dipulihara. Program ini cuma menumpukan pada projek ekopelancongan yang menjadikan sungai sebagai penarik dan wadah utamanya, bukan sebagai bahan niaga.
Usahwan terkaya di Malaysia dan Asia Tenggara
Usahwan terkaya di Malaysia dan Asia Tenggara
Usahawan terkaya di Malaysia dan Asia Tenggara iaitu Robert Kuok. Beliau mengasaskan Kuok Group. Selain
daripada pelbagai perniagaan di Malaysia, syarikat beliau mempunyai pelaburan di banyak negara di
seluruh Asia. Kepentingan perniagaan beliau adalah dari ladang-ladang tebu
(Perlis Plantations Bhd), penapisan gula, pengilangan tepung, makanan haiwan,
minyak, perlombongan, kewangan, hotel, hartanah, perdagangan, pengangkutan dan
penerbitan. Terbesar sumber kekayaan adalah kepentingan dalam Wilmar
International, syarikat minyak sawit tersenarai terbesar di dunia.
KUALA LUMPUR - Robert Kuok, hartawan Malaysia
yang berpangkalan di Hong Kong, kekal lelaki paling kaya di Malaysia dengan
kekayaan RM54.48 bilion berbanding RM46.1 bilion tahun lepas, diikuti ahli
perniagaan T. Ananda Krishnan dan tokoh perbankan Public Bank Tan Sri Teh Hong
Piow.
Ananda, mengekalkan posisi kedua sejak 2004 dengan aset yang dimilikinya menerusi Usaha Tegas Sdn Bhd bernilai RM33.19 bilion, peningkatan sebanyak 0.88 peratus daripada RM32.90 bilion tahun lepas.
Hong Piow, kekal di tempat ketiga sejak tiga tahun lepas, dengan aset bernilai RM18.07 bilion, lapor Malaysian Business, majalah Perniagaan utama dalam terbitan 16 Februari.
Ia melaporkan gabungan kekayaan 40 individu paling kaya itu meningkat kepada RM217.82 bilion pada 18 Jan 2014 atau 11.73 peratus daripada RM194.86 bilion tahun lalu.
Semasa majalah itu mula menyenaraikan kekayaan 40 individu paling Malaysia pada 2002, gabungan jumlah aset mereka sebanyak RM41.7 bilion, dengan Robert Kouk Hock Nien berada di tempat teratas.
Ananda, mengekalkan posisi kedua sejak 2004 dengan aset yang dimilikinya menerusi Usaha Tegas Sdn Bhd bernilai RM33.19 bilion, peningkatan sebanyak 0.88 peratus daripada RM32.90 bilion tahun lepas.
Hong Piow, kekal di tempat ketiga sejak tiga tahun lepas, dengan aset bernilai RM18.07 bilion, lapor Malaysian Business, majalah Perniagaan utama dalam terbitan 16 Februari.
Ia melaporkan gabungan kekayaan 40 individu paling kaya itu meningkat kepada RM217.82 bilion pada 18 Jan 2014 atau 11.73 peratus daripada RM194.86 bilion tahun lalu.
Semasa majalah itu mula menyenaraikan kekayaan 40 individu paling Malaysia pada 2002, gabungan jumlah aset mereka sebanyak RM41.7 bilion, dengan Robert Kouk Hock Nien berada di tempat teratas.
Aktiviti keusahawanan di malaysia - isu-isu semasa
Keusahwanan Sosial :
Penyelesaian masalah belia yang
dipinggirkan dan isu pengangguran
Dengan perkongsian data Jabatan Statistik Malaysia hingga
Januari 2014, kadar pengangguran berada di sekitar 3.4 peratus. Penawaran
pekerjaan yang semakin lemah kesan persaingan yang kompetitif di kalangan
calon-calon, dan keperluan kerja yang lebih memilih calon yang mempunyai daya
keupayaan merit dan ketrampilan yang produktif. Yang tinggal kini, lebih kurang
1.5 juta belia Malaysia iaitu lebih kurang 2 peratus mereka yang berumur di
antara 15-25 tahun yang kini hampir berisiko kerana terdedah dengan masalah
pengangguran, salah laku sosial , jenayah juvanile dan pelbagai aktiviti lain
yang kurang sihat. Gejala ini akan lebih menjadikan belia-belia diketepikan.
Kebajikan mereka dipinggirkan. Mereka menghadapi kehidupan yang miskin. Latar
belakang keluarga yang datang dari miskin dan penghijrahan ke Bandar telah
menerbitkan gaya hidup miskin Bandar akibat dari kos sara hidup yang tinggi. Aspirasi
untuk membangunkan sesuatu yang lebih baik kepada sesuatu yang menyokong nasib
belia yang terpinggir ini telah dipandang sepi. Inilah kesannya apabila kita
terlalu bergantung kepada desakan-desakan pasaran, hingga terpaksa mengenepikan
isu-isu sosial.
My Harapan fokus usahawan muda
Menyedari usahawan
muda adalah harapan masa depan yang mampu memacu sesebuah negara ke arah
kemajuan, Yayasan Amanah Belia atau dikenali sebagai MyHarapan ditubuhkan pada
Ogos 2010 sebagai platform bagi golongan belia untuk berasa selesa berdikari
serta memohon bantuan dalam menjalankan perniagaan mereka.
MyHarapan
menyediakan pelbagai platform dan peluang yang membantu belia untuk memulakan,
mengekalkan, berkembang dan menggandakan impak dalam usaha yang mereka jalankan.
Fokus utama MyHarapan adalah kepada
penubuhan keusahawanan dan memberi fokus yang lebih kepada usahawan sosial. Jika
usahawan biasa selalunya mengukur prestasi mereka menggunakan keuntungan dan
perolehan perniagaan, usahawan sosial pula mengambil kira impak positif yang
dihasilkan produk atau perkhidmatan mereka kepada masyarakat. MyHarapan juga turut menyediakan dana berbentuk geran.
Dana berbentuk geran yang disediakan adalah
Geran Tindakan Belia (YAG), di mana ia adalah untuk individu ataupun bagi
peringkat projek sahaja dan tidak memerlukan syarikat berdaftar. YAG juga adalah geran bersyarat untuk menyokong
pertubuhan belia dalam projek-projek terpilih berdasarkan kesan ekonomi dan
sosial dengan dua kategori iaitu Pembiayaan Mikro dan Pembiayaan Nano.
MyHarapan turut menyediakan dana berbentuk geran
bersyarat untuk perniagaan sosial yang dikenali sebagai Social Venture Fund
(SVF). SVF terbahagi kepada dua
kategori iaitu SVF 20 untuk perniagaan baru dengan pembiayaan maksimum sebanyak
RM50,000 dan SVF 50 bagi syarikat yang telah beroperasi selama dua tahun dengan
pembiayaan maksimum RM250,000. SVFturut
sediakan sesi latihan dengan pakar perniagaan sosial dan pelabur sebagai bonus
tambahan.
Subscribe to:
Posts (Atom)

