Sebelum memulakan perniagaan, usahawan biasanya
menghadapi masalah kewangan dan masalah lokasi. Lokasi merupakan faktor yang paling penting sekali yang akan
memutuskan kejayaan perniagaan. Ketika memutuskan mana tempatnya perniagaan
diletakkan, beberapa faktor terhadap lokasi akan diberi perhatian oleh usahawan.
Iaitu kumpulan pelanggan, kumpulan pekerja, pesaing, kemudahan fasiliti dan
sumber bahan mentah yang terdapat di lokasi yang tertentu. Lokasi yang terdapat
pelanggan yang memerlukan produk atau perkhidmatan yang disediakan oleh
perniagaan adalah kelebihan daya saing. Lokasi yang terdapat kumpulan pekerja,
kemudahan fasiliti dan sumber bahan mentah akan membawa manfaat kepada perniagaan
dengan mengurangkan kos pengangkutan untuk membawa masuk pekerja, fasiliti dan
sumber dari tempat yang jauh. Manakala lokasi yang terdapat banyak pesaing akan
menggugat kejayaan perniagaan. Hal ini kerana akan mewujudkan perbandingan produk
dan harga oleh pelanggan. Manakala masalah
kewangan adalah berkaitan rapat dengan modal untuk memulakan perniagaan.
Untuk memulakan perniagaan, segala barang berkaitan hendaklah dicari dan
dibeli. Contohnya, perabot dan reka bentuk dalaman kedai atau sumber-sumber
perniagaan seperti bahan mentah dan informasi. Pada permulaan perniagaan,
masalah kewangan biasanya menentukan ketidakbolehannya teruskan perniagaan.
Semasa
menjalankan perniagaan, usahawan biasanya menghadapi masalah
pengurusan dan masalah pemasaran. Usahawan tidak hanya beroperasikan sesautu
perniagaan tetapi juga hendaklah mengetahui menguruskan perniagaan. Pengurusan perniagaan terhadap segala
operasi perniagaan termasuklah pengurusan sumber manusia, pengurusan kewangan,
pengurusan produk dan perkhidmatan dan juga pengurusan segala aliran perniagaan.
Sesuatu perniagaan yang tidak diuruskan berkesan akan menjejaskan perniagaan.
Orang yang bekerja haruslah sedaya upaya dan boleh dipercayai, aliran kewangan
perlulah jelas dan berkepatutan, produk dan perkhidmatan haruslah disediakan
mengikuti keperluan pelanggan dan tidak melalui jalan pintas, dan akhir sekali
adalah segala aliran perniagaan patutlah mendirikan imej yang selesa dan
dipercayai oleh orang lain. Manakala masalah pemasaran adalah terdapat pelanggan
yang berbagai perspektif dan permintaan. Dalam masa yang pendek, perniagaan
mungkin tidak boleh memuaskan permintaan pelanggan. Maka usahawan menghadapi
masalah membawa masuk barang diminta atau membuat sendiri. Kadang kala situasi
ini akan mendorong perniagaan ke dalam keadaan kemerosotan.
Maka selepas
menjalankan perniagaan, usahawan biasanya menghadapi masalah persaingan.
Semakin banyak perniagaan dioperasi di tempat yang berdekatan. Pelanggan mulai
menukar haluan kepada peniaga baru. Oleh itu, usahawan perlulah mengkaji
strategi untuk menarik balik pelanggan. Persaingan harga dan kualiti produk
sengit pada masa setakat ini. Usahawan perlulah menimbangkan harga dan produk
pesaing sebelum menetapkan harga dan produk sendiri. Pelanggan hari ini
sensitif terhadap harga yang berbaloi dengan kualiti produk yang dihendaki.
Maka, usahawan juga menghadapi masalah untuk meningkatkan kualiti produk
sendiri. Usahawan perlulah menjalankan penyelidikan terhadap kualiti produk. Untuk menarik balik
pelanggan, sesuatu yang baru bersama kualiti yang tinggi dengan dipasarkan
harga yang berpatutan adalah amat diperlukan.
No comments:
Post a Comment