Tuesday, 9 December 2014

Tan Sri Mustapha Kamal menubuhkan Yayasan Emkay

Yayasan Emkay diasaskan oleh Tan Sri Datuk Haji Mustapha Kamal Haji Abu Bakar. Ia adalah salah satu tanggungjawab sosial korporat di bawah Emkay Group. Yayasan Emkay bertujuan menghulurkan tangan kepada golongan yang memerlukan bantuan. Bantuan adalah terdiri daripada pelbagai segi iaitu pendidikan, kesihatan, keagamaan, pembangunan sukan atau kemasyarakatan dan ihsan dan usaha peningkatan kesedaran alam sekitar. Yayasan Emkay memberi bantuan yang tidak mengira kaum dan agama. Selain itu, bantuan yang diberikan diutamakan kepada golongan yang tinggal di kawasan pedalaman dan di luar arus pembangunan.

Dari segi pendidikan, Yayasan Emkay memberi fokus kepada pendidikan awal kanak-kanak dengan menubuhkan Perpustakaan Permainan (Toy Library), Program i-Learn dan Q4Kids dan juga pusat asuhan kanak-kanak Chow Kit. Perpustakaan Permainan (Toy Library), Program i-Learn dan Q4Kids adalah untuk meningkatkan meningkatkan kemahiran dan perkembangan kanak-kanak. Manakala pusat asuhan adalah memberi satu tempat berteduh kepada kanak-kanak di Chow Kit.

Dari segi kesihatan, Yayasan Emkay mewujudkan 5 buah Pusat Hemodialisis di beberapa buah negeri di Malaysia pada setakat ini.  Selain itu, bantuan rawatan kesihatan juga diberikan kepada mereka yang tinggal di kawasan pedalaman dan kurang tidak berkemampuan.

Dari segi keagamaan dan ihsan, 3 buah surau telah ditubuhkan di bawah bantuan Yayasan Emkay. Yayasan EMKAY juga telah menyumbang derma bagi tujuan pembelian selimut dan bantal untuk jemaah-jemaah Haji Malaysia. Pelbagai sumbangan yang diberikan oleh Yayasan Emkay termasuklah pakej umrah di kalangan pekerja dan orang awam dan bagi kegunaan jemaah haji di tanah suci. Manakala bantuan ihsan adalah berkaitan sumbangan kepada pertubuhan, rumah orang tua, rumah anak yatim dan pelajar serta orang perseorangan yang ditimpa musibah.

Dari segi kesukanan, sumbangan Yayasan Emkay termasuklah pembinaan Kompleks Sukan di Johor, dermaan kepada Persatuan Golf Wanita Malaysia (MALGA) khusus bagi pembangunan sukan golf wanita, dan dermaan kepada Program ‘Ken Barnes Soccer Skills’ yang bertujuan bagi mengasah bakat dalam sukan bola sepak dari akar umbi. Sukan amal juga dijalankan seperti Program Kelinik Bolasepak Masyarakat Orang Asli untuk mengurangkan kemungkinan remaja orang asli terlibat di dalam aktiviti yang kurang sihat dan mengasah bakat remaja dalam arena bola sepak.

Pada akhir sekali, dari segi alam sekitar dan kemasyarakatan, Yayasan Emkay manjalankan penyelidikan bahawa pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar dengan menubuhkan pusat penyelidikan. Peluang pekerjaan juga disediakan kepada masyarakat sekitar termasuklan orang asli. Yayasan Emkay mengadakan ceramah motivasi, lawatan sambil belajar, projek anak angkat dan program sokongan lain yang menjurus kepada kemajuan pembelajaran anak-anak, Kelas bimbingan dan aktiviti-aktiviti pembelajaran untuk kanak-kanak juga tidak dikecualikan. Bantuan dana juga diberikan bagi membiayai perbelanjaan untuk latihan, logistik, perabot dan peralatan, penyelidikan dan kajian serta pengangkutan.


No comments:

Post a Comment