Friday, 10 October 2014

Budaya Keusahwanan

Budaya keusahawanan didefinisikan sebagai corak perilaku individu dan kumpulan individu dalam sebuah masyarakat, yang cenderung ke arah melakukan kegiatan-kegiatan yang berkaitan dengan perniagaan. Budaya ini selalunya dikaitkan dengan keupayaan pemimpin untuk mengenalpasti kemahiran, keupayaan dan ciri-ciri keusahawanan yang dimiliki individu di tempat kerja serta membentuk mereka ke arah itu supaya pasukan kerja bercirikan keusahawanan akan wujud di tempat kerja. Kesedaran ini akan membantu pemimpin membentuk satu kumpulan kerja keusahawanan yang boleh menjamin kejayaan organisasi sekolah terutama dalam mengurus idea inovatif secara kreatif.

Proses pembudayaan membolehkan usahawan  bertindak selaras dengan tuntutan moral, etika dan akhlak agar kesan daripada aktiviti yang dilakukan akan mendatangkan kesejahteraan kepada diri sendiri dan masyarakat pada masakini atau akan datang. Untuk membangunkan budaya keusahawanan, haruslah memberi tumpuan kepada beberapa perkara.

Yang pertama sekali ialah mengawal halatuju masing-masing. Setiap perniagaan yang diceburi oleh usahawan akan sentiasa mengalami ketidakstabilan, perubahan dan terdedah kepada ancaman dalaman atau luaran. Keadaan ini memerlukan usahawan menyelia, melaksana dan mengawal halatuju perniagaan yang diceburi agar terus berkembang . Halatuju perniagaan yang jelas akan membolehkan usahawan menyusun strategi untuk terus memajukan perniagaan. Usahawan perlu mempunyai pemikiran yang mampu memfokus kepada masa depan dengan merancang strategi-strategi yang paling sesuai bagi memajukan perniagaannya. Kemudian adalah memaksimumkan potensi diri. 

Usahawan tidak boleh berpuas hati dengan apa yang setakat ini sahaja. Mereka perlu meneruskan dan memaksimumkan usaha, kemahiran dan kemampuan diri bagi menjamin kelangsungan perniagaan yang diceburi. Mereka perlu sentiasa membuat analisis pemasaran produk, kekuatan pesaing dan melihat permasalahan, peluang seta sebarang perubahan secara holistik. Selain itu mereka mesti sentiasa bersedia untuk berhadapan dengan sebarang risiko dan juga ketidakpastian serta tahu tentang strategi dan taktik untuk menangani nya dan menjadikan sesuatu risiko dan ancaman itu sebagai satu peluang yang boleh menguntungkan.


Seterusnya adalah memastikan mendapat keuntungan. Walaupun keuntungan tidaklah semestinya menjadi objektif utama perniagaan tetapi ia tetap menjadi kayu pengukur kejayaan seseorang usahawan. Keuntungan yang dicapai melambangkan kejayaan sesebuah syarikat kerana dengan keuntungan yang diperolehi membolehkan sesebuah syarikat itu mengembangkan lagi perniagaannya, mengaplikasikan teknologi terkini dalam pengeluaran dan operasi perniagaan dan membolehkannya membuat promosi yang lebih agresif lagi. Keuntungan juga boleh meningkatkan keyakinan pekerja terhadap syarikat kerana mereka tahu sebahagian daripadakeuntungan yang diperolehi akan dipulangkan kepada mereka sama ada dalam bentukdividen, bonus atau kenaikan gaji tahunan. Ia juga boleh meningkatkan keyakinan pembekal dan kreditor bahawa syarikat mampu membayar pinjaman dan kredit yangdiberikan kepada mareka. Keuntungan yang diperolehi akan meningkatkan keyakinanmasyarakat dan pelabur terhadap syarikat kerana mereka yakin syarikat bersediauntuk memenuhi tanggungjawab sosial dan memberi pulangan yang menguntungkan ke atas pelaburan yang dilakukan.


Artikel :








No comments:

Post a Comment