Keusahwanan Sosial :
Penyelesaian masalah belia yang
dipinggirkan dan isu pengangguran
Dengan perkongsian data Jabatan Statistik Malaysia hingga
Januari 2014, kadar pengangguran berada di sekitar 3.4 peratus. Penawaran
pekerjaan yang semakin lemah kesan persaingan yang kompetitif di kalangan
calon-calon, dan keperluan kerja yang lebih memilih calon yang mempunyai daya
keupayaan merit dan ketrampilan yang produktif. Yang tinggal kini, lebih kurang
1.5 juta belia Malaysia iaitu lebih kurang 2 peratus mereka yang berumur di
antara 15-25 tahun yang kini hampir berisiko kerana terdedah dengan masalah
pengangguran, salah laku sosial , jenayah juvanile dan pelbagai aktiviti lain
yang kurang sihat. Gejala ini akan lebih menjadikan belia-belia diketepikan.
Kebajikan mereka dipinggirkan. Mereka menghadapi kehidupan yang miskin. Latar
belakang keluarga yang datang dari miskin dan penghijrahan ke Bandar telah
menerbitkan gaya hidup miskin Bandar akibat dari kos sara hidup yang tinggi. Aspirasi
untuk membangunkan sesuatu yang lebih baik kepada sesuatu yang menyokong nasib
belia yang terpinggir ini telah dipandang sepi. Inilah kesannya apabila kita
terlalu bergantung kepada desakan-desakan pasaran, hingga terpaksa mengenepikan
isu-isu sosial.
My Harapan fokus usahawan muda
Menyedari usahawan
muda adalah harapan masa depan yang mampu memacu sesebuah negara ke arah
kemajuan, Yayasan Amanah Belia atau dikenali sebagai MyHarapan ditubuhkan pada
Ogos 2010 sebagai platform bagi golongan belia untuk berasa selesa berdikari
serta memohon bantuan dalam menjalankan perniagaan mereka.
MyHarapan
menyediakan pelbagai platform dan peluang yang membantu belia untuk memulakan,
mengekalkan, berkembang dan menggandakan impak dalam usaha yang mereka jalankan.
Fokus utama MyHarapan adalah kepada
penubuhan keusahawanan dan memberi fokus yang lebih kepada usahawan sosial. Jika
usahawan biasa selalunya mengukur prestasi mereka menggunakan keuntungan dan
perolehan perniagaan, usahawan sosial pula mengambil kira impak positif yang
dihasilkan produk atau perkhidmatan mereka kepada masyarakat. MyHarapan juga turut menyediakan dana berbentuk geran.
Dana berbentuk geran yang disediakan adalah
Geran Tindakan Belia (YAG), di mana ia adalah untuk individu ataupun bagi
peringkat projek sahaja dan tidak memerlukan syarikat berdaftar. YAG juga adalah geran bersyarat untuk menyokong
pertubuhan belia dalam projek-projek terpilih berdasarkan kesan ekonomi dan
sosial dengan dua kategori iaitu Pembiayaan Mikro dan Pembiayaan Nano.
MyHarapan turut menyediakan dana berbentuk geran
bersyarat untuk perniagaan sosial yang dikenali sebagai Social Venture Fund
(SVF). SVF terbahagi kepada dua
kategori iaitu SVF 20 untuk perniagaan baru dengan pembiayaan maksimum sebanyak
RM50,000 dan SVF 50 bagi syarikat yang telah beroperasi selama dua tahun dengan
pembiayaan maksimum RM250,000. SVFturut
sediakan sesi latihan dengan pakar perniagaan sosial dan pelabur sebagai bonus
tambahan.
No comments:
Post a Comment