Friday, 10 October 2014

Kepentingan Keusahawanan



Kepentingan Keusahawanan


1. Menggalakkan pertumbuhan ekonomi

Peranan keusahawanan di dalam pembangunan ekonomi bukan setakat meningkatkan kadar per kapita pengeluaran dan pendapatan. Aktiviti  pembaharuan (inovasi) juga menjadi pendorong para pemodal (pelabur) untuk melabur di dalam peluang baru yang dicipta. Selain itu, kerajaan atau pihak berkuasa tempatan menjalankan cukai dan hasilnya pergi ke arah meningkatkan pendapatan negara.

2. Mencipta peluang pekerjaan baru

Seseorang usahawan kecil atau besar menubuhkan sebuah perniagaan baru memerlukan khidmat pekerja dan secara langsungnya mereka menyediakan peluang pekerjaan.

3. Meningkatkan taraf hidup masyarakat


Usahawan mewujudkan dan mempelbagaikan pilihan barang yang hasil daripada peningkatan teknologi  dan produk baru melalui kreativiti dan inovasi usahawan. Dengan peningkatan teknologi dan produk baru, mengurangkan beban keluarga dan menjadikan kerja-kerja harian jadi senang. Keuntungan yang diperolehi melalui keusahawanan akan meningkatkan pendapatan sesebuah keluarga dan meningkatkan taraf hidup, seperti keselesaan, kesihatan dan pendidikan.




No comments:

Post a Comment