Usahawan sosial adalah individu yang mempunyai
penyelesaian inovatif atau innovative solution kepada masalah sosial
yang yang sedang dihadapi oleh masyaratnya. Seorang usahawan adalah individu
yang merangsangkan kemajuan ekonomi dengan mencari cara baru atau
cara yang lebih baik untuk melaksanakan sesuatu. Seseorang usahawan sosial akan
mengambil apa juga peluang dan kesempatan yang terbuka, yang mana
tidak disedari oleh orang lain, untuk memperbaiki sistem masyarakat,
mengilhamkan pendekatan baru dan juga memikirkan cara penyelesaian yang baru
untuk memperbaiki lagi masyarakat disekelilingnya.
Diantara usahawan sosial yang terkenal adalah Mary
Montessori dari Itali yang telah mengilhamkan pendekatan Montessori dalam
pendidikan kanak-kanak pra sekolah. Di India pula terdapat uVinoba Bhave yang
telah berjaya membantu rakyat yang tidak mempunyai tanah dengan mengagihkan
hampir tujuh juta ekar tanah. Beliau adalah pelopor Land Gift
Movement.
Contoh keusahawanan sosial di Malaysia
Keusahawanan sosial
basmi kemiskinan
Bagi menuntut transformasi tulen, bukannya sekadar
penambahbaikan rutin. Di Malaysia, pelancaran Model Baru Ekonomi (MBE) oleh
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah progresif. Untuk benar-benar
merealisasikan MBE, antara lain, kita perlukan pendekatan “keusahawanan
sosial”, iaitu menyelesaikan masalah sosial dan alam sekitar melalui model
keusahawanan.
Dalam membasmi kemiskinan, ia digunakan sebagai langkah
afirmatif baru. Premisnya tidak lagi orang miskin tidak berwang. Premis barunya
ialah orang miskin berwang, tetapi tidak mampu membeli barangan dan
perkhidmatan yang ditawarkan dalam sampul harga kini. Sekiranya ada usahawan
sosial menawarkannya dengan sampul harga lain, maka, mereka mampu membelinya.
Sektor perniagaan perlu digalakkan menukar daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) kepada keusahawanan sosial. Contohnya, pasar raya besar yang melakukan CSR, sebenarnya, telah terlebih dahulu membenam peniaga kecil berhampirannya. Tetapi, dengan keusahawanan sosial, peniaga kecil itu dapat dibawa membangun bersama pasar raya besar itu.
Keusahawanan sosial basmi kemiskinan

Keusahawanan sosial dan alam sekitar
Pencemaran demi pencemaran
terus berlaku, lantas menimbulkan keinginan bagi mencari kaedah-kaedah lain
yang difikirkan lebih sesuai dan berkesan.
Salah satu kaedah yang kurang diberikan perhatian adalah keusahawanan sosial (social entrepreneurship), yang merujuk kepada penggunaan prinsip-prinsip keusahawanan bagi menyusun, mewujudkan dan mengurus tindakan yang bertujuan mencapai perubahan sosial. Dalam konteks ini, perubahan sosial yang dikehendaki adalah pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.
Contoh masalah pencemaran yang dapat memanfaatkan keusahawanan sosial adalah pencemaran sungai yang semakin kronik dan bakal menyaksikan kemudaratan yang teruk jika ia tidak diselesaikan secara tuntas, berikutan air adalah sumber asas kehidupan. Perniagaan-perniagaan berteraskan ekopelancongan dapat menjadi salah satu komponen dalam program keusahawanan sosial alam sekitar ini. Sungai dapat dijadikan tarikan pelancong dalam subsektor ekopelancongan, yang mana pada masa yang sama, sungai dipelihara dan dipulihara. Program ini cuma menumpukan pada projek ekopelancongan yang menjadikan sungai sebagai penarik dan wadah utamanya, bukan sebagai bahan niaga.

No comments:
Post a Comment