Tirto
Utomo - AQUA & Akihiko Otsuka - Pocari Sweat
Secara pengenalan, Tirto
Utomo (Indonesia) merupakan pencipta Air Minuman AQUA iaitu air mineral dalam
botol yang pertama dijual dan digunakan di Indonesia. Penciptaannya adalah
daripada inspirasinya bahawa masalah kesihatan rakyat Indonesia dalam soal air
minum. Mereka hanya minum air yang hanya direbus dari tanah. Rakyat banyak
mengalami sakit perut dan tidak biasa minum air begitu. Sekarang air minuman
AQUA menjadi air minuman terbesar di Indonesia selepas menempuh banyak dugaan.
Manakala Akihiko Otsuka (Jepun) merupakan pencipta air minuman kesihatan,
Pocari Sweat. Inspirasi mencipta Pocari Sweat diambil daripada ahli rasanya,
Rokuro Harima yang mengalami cirit birit yang teruk ketika melakukan
survey di Mexico. Dia diberikan ubat dan diminum dengan air soda serta dijelaskan
oleh doktor bahawa meminum cecair campuran untuk menggantikan cecair badan yang
hilang selepas melakukan pembedahan berjam-jam. Saat itu, Harima mengemukakan
cadangannya kepada Akihiko untuk membangunkan cecair campuran.
Persamaan antara
kedua-dua usahawan ini adalah proses memasarkan produk mereka yang sangat baru
dan aneh terhadap orang tempatan di negara mereka pada masa itu. Pada masa
permulaan pemasaran produk, strategy mereka adalah memasarkan produk mereka
dengan melawat kedai-kedai runcit atau pasar untuk membuat jualan atau borong.
Walaubagaimanapun, Tirto dan Akihiko menghadapi masalah yang sama ketika itu
iaitu produk tidak laku. AQUA menghadapi tolakan oleh pasaran Indonesia yang
masih todak boleh menerima air minuman dalam botol. Mereka menganggap minum air
rebus dari tanah sudah cukup. Jualan terus merosot selama 3 tahun sehingga
Tirto menggunakan strategi lain. Manakala Akihiko juga menghadapi tolakan
pasaran Jepun iaitu pengguna merasa Pocari Sweat tidak enak dan berasa pahit.
Penjual atau peruncit menolak menjual di kedai mereka kerana beryakin jualan
tidak akan laku. Kejadian ini juga mendorong Akihiko terus berusaha menkaji
strategi untuk membuatkan penerimaan pasaran.
Perbezaan antara
kedua-dua usahwan dan produk yang mereka mencipta adalah proses mereka
menjayakan produk mereka. Tirto adalah belajar dan membawa produk yang sama
dari Bangkok, Thailand ke dalam Indonesia dan mengembangkannya. Akihito adalah
menkaji dan mencuba produk sendiri sampai sesuai digunakan.
Tirto yang sering ditugaskan ke luar negeri
oleh perusahaannya dan ditanggungjawab untuk menjamu tetamu dari Amerika
Syarikat. Secara tidak dijangka, Tirto mengetahui bahawa tetamunya yang berasal
dari negara Barat tidak biasa meminum air minum yang direbus, tetapi air yang
telah dinapiskan. Inisiatif membuat perniaggaan segera datang. Bersama
saudara-saudaranya, Tirto mulai mempelajari cara memproses air minum dalam
kemasan. Adiknya, Slamet Utomo diminta untuk kerja di Polaris, sebuah perusahaan
AMDK yang ketika itu telah beroperasi 16 tahun di Thailand. Tidak
menghairankan, apabila pada awalnya produk Aqua menyerupai Polaris mulai dari
bentuk botol kaca, tanda mesin pengolahan air, sampai mesin pencuci botol serta
pengisi air.
Manakala Pocari Sweat dicipta melalui
seberapa eksperimen dan percubaan. Apabila Akihiko merasakan sudah tiba masanya
untuk mengeluarkan air minuman itu, tugasan ini diserahkan daripada
peneliti mudanya, Rokuro Harima kepada peneliti mudanya, Akihisa Takaisci.
Proses pengeluaran produk dimulakan dengan mengetahui bagaimana rasa keringat
itu. Minuman yang ingin diciptakan oleh perusahaan adalah minuman
menambahkan kadar air tubuh dalam kehidupan seharian. Dapat disimpulkan bahAwa
minuman yang harus dibuat adalah membuat minuman dengan komposisi kadar garam
yang rendah. Lalunya Takaichi membuat minuman ujicuba, dengan mengikuti
komposisi keringat. Dalam komposisi keringat, selain mengandung ion
Natrium yang mengandung rasa asin, terkandung juga Ion Kalium dan Magnesium
yang mengandungi rasa pahit. Inilah yang menyebabkan ramuan Takaichi ada rasa
pahit dan akhirnya menambah pemanis untuk menghilangkan rasa pahit. Namun yang
menjadi permasalahan baru adalah minuman itu menjadi manis. Apa yang ingin
diciptakan perusahaan adalah minuman kesihatan, bukan minuman jus. Lebih dari
1000 jenis ujicuba sudah dibuat olehnya. Dengan tekun dan tanpa putus asa,
Takaichi mencuba eksperimen yang dibuatnya. Setelah hampir 3 tahun melakukan
eksperimen dan sebarang ujicuba, minuman masih ada rasa pahit . Kemudian pada
suatu hari, salah seorang karyawan ingin Presiden Direktur Akihiko menguji
minuman yang uji cuba dengan serbuk instan yang sedang dikembangkan. Minuman
itu segera dicicipi dan masih belum sempurna. Tanpa diduga, dia mencampurkan
kedua-dua minuman yang belum sempurna itu dan segera mencicipinya. Ternyata
minuman instan yang rasa jeruk ini membuat neutral. Setelah melakukan
serangkaian ujicuba, akhirnya Takaisci menemukan jenis jeruk yang dapat
menutupi rasa pahit Pocari Sweat.
Analysis strategi antara kedua-dua penciptaan
ini dibincangkan dari permulaan pemasaran produk. Walaubagaimanapun mengalami
tolakan sengit oleh pasaran masing-masing, Tirto dan Akihiko menunjukkan
ketangguhan dan sikap mereka yang pantang menyerah. Mereka berdua menggunakan
strategi yang sama iaitu memberi percubaan yang percuma dan penjelasan tentang
kebaikan minuman tersebut. Selain itu, mereka juga menumpukan target yang patut
diberi percubaan minuman. Selepas percubaan, memang telah mengalami perubahan.
Di Jakarta, Tirto menjalankan pengagihan
secara 3 botol yang percuma di setiap warung dan peniaga rokok. Hal ini
membuat kesan kepada Aqua sehingga sangat laris. Selepas 3 botol itu habis,
warung-warung dan peniaga rokok menempah semula Aqua, dan kali ini sudah
membayar, tidak lagi percuma. Dengan cepat masyarakat tempatan boleh mencari
Aqua di peniaga kecil, pasar, restoran, dan hotel sekalipun. Kecemerlangan strategi perniagaan
bahawa Tirto berusaha mengaitkan produknya dengan "air minum sihat".
Mereka berusaha mendidik pasaran bahawa air minum botolan lebih segar dan sihat
daripada air rebusan dengan cara memberikan banyak sponsorship pada acara-acara
sukan dan anak muda.
Akihiko mengatakan bahawa keunggulan Pocari
Sweat tidak mudah dirasakan kalau tidak diminum berulang-ulang kali. Beliau
tidak mengambil kira kerugian, yang penting mensosialisasikan konsep
produk secara tepat daripada menjual produk. Beliau telah mengalami kerugian
hingga Rp 400 Milyar dengan pembahagian gratis yang besar-besaran ini. Stafnya
menumpukan anak-anak yang bermain baseball. Anak-anak segera meminumnya dan
ketika ditanya bagaimana rasa minuman tersebut, mereka menjawab serempak,
“Enaaaaak”! Tentu saja Tanaka senang dan semakin bersemangat menjelaskan
manfaat dan konsep Pocari Sweat sebagai pengganti cairan tubuh yang hilang
ketika olahraga. Pengalaman kerugian tidak megecewakan. Penjualan meningkat
secara cepat dengan banyak telefon daripada penjual untuk penempahan Pocari
Sweat pada musim panas 1981. Dengan konsep dan rasa yang sudah dimengerti
konsumen dan hasilnya berbuah pada musim panas tahun kedua. Penjualan melonjak
hingga 3 kali lipat dari Rp 900 milyar (1980)menjadi Rp 2,6 triliun
(1981). Keyakinan Presiden Direktur Akihiko akhirnya berbuah.
Secara kesimpulannya, sikap yang tanpa mudah
putus asa amat penting dalam kerjaya keusahawanan. Selain itu, ketangguhan
kerja keras juga diperlukan dalam kerjaya hanya boleh menjadikan impian sebagai
realistik.
No comments:
Post a Comment