Friday, 10 October 2014

Usahwan terkaya di Malaysia dan Asia Tenggara



Usahwan terkaya di Malaysia dan Asia Tenggara


              Usahawan terkaya di Malaysia dan Asia Tenggara iaitu Robert Kuok. Beliau mengasaskan Kuok Group. Selain daripada pelbagai perniagaan di Malaysia, syarikat  beliau mempunyai pelaburan di banyak negara di seluruh Asia. Kepentingan perniagaan beliau adalah dari ladang-ladang tebu (Perlis Plantations Bhd), penapisan gula, pengilangan tepung, makanan haiwan, minyak, perlombongan, kewangan, hotel, hartanah, perdagangan, pengangkutan dan penerbitan. Terbesar sumber kekayaan adalah kepentingan dalam Wilmar International, syarikat minyak sawit tersenarai terbesar di dunia.



KUALA LUMPUR - Robert Kuok, hartawan Malaysia yang berpangkalan di Hong Kong, kekal lelaki paling kaya di Malaysia dengan kekayaan RM54.48 bilion berbanding RM46.1 bilion tahun lepas, diikuti ahli perniagaan T. Ananda Krishnan dan tokoh perbankan Public Bank Tan Sri Teh Hong Piow.

Ananda, mengekalkan posisi kedua sejak 2004 dengan aset yang dimilikinya menerusi Usaha Tegas Sdn Bhd bernilai RM33.19 bilion, peningkatan sebanyak 0.88 peratus daripada RM32.90 bilion tahun lepas.

Hong Piow, kekal di tempat ketiga sejak tiga tahun lepas, dengan aset bernilai RM18.07 bilion, lapor Malaysian Business, majalah Perniagaan utama dalam terbitan 16 Februari.

Ia melaporkan gabungan kekayaan 40 individu paling kaya itu meningkat kepada RM217.82 bilion pada 18 Jan 2014 atau 11.73 peratus daripada RM194.86 bilion tahun lalu.

Semasa majalah itu mula menyenaraikan kekayaan 40 individu paling Malaysia pada 2002, gabungan jumlah aset mereka sebanyak RM41.7 bilion, dengan Robert Kouk Hock Nien berada di tempat teratas.







Aktiviti keusahawanan di malaysia - isu-isu semasa



Keusahwanan Sosial : 

Penyelesaian masalah belia yang dipinggirkan dan isu pengangguran


         Dengan perkongsian data Jabatan Statistik Malaysia hingga Januari 2014, kadar pengangguran berada di sekitar 3.4 peratus. Penawaran pekerjaan yang semakin lemah kesan persaingan yang kompetitif di kalangan calon-calon, dan keperluan kerja yang lebih memilih calon yang mempunyai daya keupayaan merit dan ketrampilan yang produktif. Yang tinggal kini, lebih kurang 1.5 juta belia Malaysia iaitu lebih kurang 2 peratus mereka yang berumur di antara 15-25 tahun yang kini hampir berisiko kerana terdedah dengan masalah pengangguran, salah laku sosial , jenayah juvanile dan pelbagai aktiviti lain yang kurang sihat. Gejala ini akan lebih menjadikan belia-belia diketepikan. Kebajikan mereka dipinggirkan. Mereka menghadapi kehidupan yang miskin. Latar belakang keluarga yang datang dari miskin dan penghijrahan ke Bandar telah menerbitkan gaya hidup miskin Bandar akibat dari kos sara hidup yang tinggi. Aspirasi untuk membangunkan sesuatu yang lebih baik kepada sesuatu yang menyokong nasib belia yang terpinggir ini telah dipandang sepi. Inilah kesannya apabila kita terlalu bergantung kepada desakan-desakan pasaran, hingga terpaksa mengenepikan isu-isu sosial.




My Harapan fokus usahawan muda

Menyedari usahawan muda adalah harapan masa depan yang mampu memacu sesebuah negara ke arah kemajuan, Yayasan Amanah Belia atau dikenali sebagai MyHarapan ditubuhkan pada Ogos 2010 sebagai platform bagi golongan belia untuk berasa selesa berdikari serta memohon bantuan dalam menjalankan perniagaan mereka.


MyHarapan menyediakan pelbagai platform dan peluang yang membantu belia untuk memulakan, mengekalkan, berkembang dan menggandakan impak dalam usaha yang mereka jalankan.



Fokus  utama MyHarapan adalah kepada penubuhan keusahawanan dan memberi fokus yang lebih kepada usahawan sosial. Jika usahawan biasa selalunya mengukur prestasi mereka menggunakan keuntungan dan perolehan perniagaan, usahawan sosial pula mengambil kira impak positif yang dihasilkan produk atau perkhidmatan mereka kepada masyarakat. MyHarapan juga turut menyediakan dana berbentuk geran. Dana berbentuk geran yang disediakan adalah Geran Tindakan Belia (YAG), di mana ia adalah untuk individu ataupun bagi peringkat projek sahaja dan tidak memerlukan syarikat berdaftar. YAG juga adalah geran bersyarat untuk menyokong pertubuhan belia dalam projek-projek terpilih berdasarkan kesan ekonomi dan sosial dengan dua kategori iaitu Pembiayaan Mikro dan Pembiayaan Nano. MyHarapan turut menyediakan dana berbentuk geran bersyarat untuk perniagaan sosial yang dikenali sebagai Social Venture Fund (SVF). SVF terbahagi kepada dua kategori iaitu SVF 20 untuk perniagaan baru dengan pembiayaan maksimum sebanyak RM50,000 dan SVF 50 bagi syarikat yang telah beroperasi selama dua tahun dengan pembiayaan maksimum RM250,000. SVFturut sediakan sesi latihan dengan pakar perniagaan sosial dan pelabur sebagai bonus tambahan. 









Tirto Utomo - AQUA & Akihiko Otsuka - Pocari Sweat


Tirto Utomo - AQUA  &  Akihiko Otsuka - Pocari Sweat


Secara pengenalan, Tirto Utomo (Indonesia) merupakan pencipta Air Minuman AQUA iaitu air mineral dalam botol yang pertama dijual dan digunakan di Indonesia. Penciptaannya adalah daripada inspirasinya bahawa masalah kesihatan rakyat Indonesia dalam soal air minum. Mereka hanya minum air yang hanya direbus dari tanah. Rakyat banyak mengalami sakit perut dan tidak biasa minum air begitu. Sekarang air minuman AQUA menjadi air minuman terbesar di Indonesia selepas menempuh banyak dugaan. Manakala Akihiko Otsuka (Jepun) merupakan pencipta air minuman kesihatan, Pocari Sweat. Inspirasi mencipta Pocari Sweat diambil daripada ahli rasanya, Rokuro Harima  yang mengalami cirit birit yang teruk ketika melakukan survey di Mexico. Dia diberikan ubat dan diminum dengan air soda serta dijelaskan oleh doktor bahawa meminum cecair campuran untuk menggantikan cecair badan yang hilang selepas melakukan pembedahan berjam-jam. Saat itu, Harima mengemukakan cadangannya kepada Akihiko untuk membangunkan cecair campuran.


Persamaan antara kedua-dua usahawan ini adalah proses memasarkan produk mereka yang sangat baru dan aneh terhadap orang tempatan di negara mereka pada masa itu. Pada masa permulaan pemasaran produk, strategy mereka adalah memasarkan produk mereka dengan melawat kedai-kedai runcit atau pasar untuk membuat jualan atau borong. Walaubagaimanapun, Tirto dan Akihiko menghadapi masalah yang sama ketika itu iaitu produk tidak laku. AQUA menghadapi tolakan oleh pasaran Indonesia yang masih todak boleh menerima air minuman dalam botol. Mereka menganggap minum air rebus dari tanah sudah cukup. Jualan terus merosot selama 3 tahun sehingga Tirto menggunakan strategi lain. Manakala Akihiko juga menghadapi tolakan pasaran Jepun iaitu pengguna merasa Pocari Sweat tidak enak dan berasa pahit. Penjual atau peruncit menolak menjual di kedai mereka kerana beryakin jualan tidak akan laku. Kejadian ini juga mendorong Akihiko terus berusaha menkaji strategi untuk membuatkan penerimaan pasaran.


Perbezaan antara kedua-dua usahwan dan produk yang mereka mencipta adalah proses mereka menjayakan produk mereka. Tirto adalah belajar dan membawa produk yang sama dari Bangkok, Thailand ke dalam Indonesia dan mengembangkannya. Akihito adalah menkaji dan mencuba produk sendiri sampai sesuai digunakan.


Tirto yang sering ditugaskan ke luar negeri oleh perusahaannya dan ditanggungjawab untuk menjamu tetamu dari Amerika Syarikat. Secara tidak dijangka, Tirto mengetahui bahawa tetamunya yang berasal dari negara Barat tidak biasa meminum air minum yang direbus, tetapi air yang telah dinapiskan. Inisiatif membuat perniaggaan segera datang. Bersama saudara-saudaranya, Tirto mulai mempelajari cara memproses air minum dalam kemasan. Adiknya, Slamet Utomo diminta untuk kerja di Polaris, sebuah perusahaan AMDK yang ketika itu telah beroperasi 16 tahun di Thailand. Tidak menghairankan, apabila pada awalnya produk Aqua menyerupai Polaris mulai dari bentuk botol kaca, tanda mesin pengolahan air, sampai mesin pencuci botol serta pengisi air.

Manakala Pocari Sweat dicipta melalui seberapa eksperimen dan percubaan. Apabila Akihiko merasakan sudah tiba masanya untuk mengeluarkan air minuman itu, tugasan ini diserahkan daripada  peneliti mudanya, Rokuro Harima kepada peneliti mudanya, Akihisa Takaisci. Proses pengeluaran produk dimulakan dengan mengetahui bagaimana rasa keringat itu. Minuman yang ingin diciptakan oleh perusahaan adalah minuman menambahkan kadar air tubuh dalam kehidupan seharian. Dapat disimpulkan bahAwa minuman yang harus dibuat adalah membuat minuman dengan komposisi kadar garam yang rendah. Lalunya Takaichi membuat minuman ujicuba, dengan mengikuti komposisi keringat. Dalam komposisi keringat, selain mengandung  ion Natrium yang mengandung rasa asin, terkandung juga Ion Kalium dan Magnesium yang mengandungi rasa pahit. Inilah yang menyebabkan ramuan Takaichi ada rasa pahit dan akhirnya menambah pemanis untuk menghilangkan rasa pahit. Namun yang menjadi permasalahan baru adalah minuman itu menjadi manis. Apa yang ingin diciptakan perusahaan adalah minuman kesihatan, bukan minuman jus. Lebih dari 1000 jenis ujicuba sudah dibuat olehnya. Dengan tekun dan tanpa putus asa, Takaichi mencuba eksperimen yang dibuatnya. Setelah hampir 3 tahun melakukan eksperimen dan sebarang ujicuba, minuman masih ada rasa pahit . Kemudian pada suatu hari, salah seorang karyawan ingin Presiden Direktur Akihiko menguji minuman yang uji cuba dengan serbuk instan yang sedang dikembangkan. Minuman itu segera dicicipi dan masih belum sempurna. Tanpa diduga, dia mencampurkan kedua-dua minuman yang belum sempurna itu dan segera mencicipinya. Ternyata minuman instan yang rasa jeruk ini membuat neutral.  Setelah melakukan serangkaian ujicuba, akhirnya Takaisci menemukan jenis jeruk  yang dapat menutupi rasa pahit Pocari Sweat.


Analysis strategi antara kedua-dua penciptaan ini dibincangkan dari permulaan pemasaran produk. Walaubagaimanapun mengalami tolakan sengit oleh pasaran masing-masing, Tirto dan Akihiko menunjukkan ketangguhan dan sikap mereka yang pantang menyerah. Mereka berdua menggunakan strategi yang sama iaitu memberi percubaan yang percuma dan penjelasan tentang kebaikan minuman tersebut. Selain itu, mereka juga menumpukan target yang patut diberi percubaan minuman. Selepas percubaan, memang telah mengalami perubahan.


Di Jakarta, Tirto menjalankan pengagihan secara 3  botol yang percuma di setiap warung dan peniaga rokok. Hal ini membuat kesan kepada Aqua sehingga sangat laris. Selepas 3 botol itu habis, warung-warung dan peniaga rokok menempah semula Aqua, dan kali ini sudah membayar, tidak lagi percuma. Dengan cepat masyarakat tempatan boleh mencari Aqua di peniaga kecil, pasar, restoran, dan hotel sekalipun. Kecemerlangan strategi perniagaan bahawa Tirto berusaha mengaitkan produknya dengan "air minum sihat". Mereka berusaha mendidik pasaran bahawa air minum botolan lebih segar dan sihat daripada air rebusan dengan cara memberikan banyak sponsorship pada acara-acara sukan dan anak muda.


Akihiko mengatakan bahawa keunggulan Pocari Sweat tidak mudah dirasakan kalau tidak diminum berulang-ulang kali. Beliau tidak mengambil kira kerugian, yang penting  mensosialisasikan konsep produk secara tepat daripada menjual produk. Beliau telah mengalami kerugian hingga Rp 400 Milyar dengan pembahagian gratis yang besar-besaran ini. Stafnya menumpukan anak-anak yang bermain baseball. Anak-anak segera meminumnya dan ketika ditanya bagaimana rasa minuman tersebut, mereka menjawab serempak, “Enaaaaak”!  Tentu saja Tanaka senang dan semakin bersemangat menjelaskan manfaat dan konsep Pocari Sweat sebagai pengganti cairan tubuh yang hilang ketika olahraga. Pengalaman kerugian tidak megecewakan. Penjualan meningkat secara cepat dengan banyak telefon daripada penjual untuk penempahan Pocari Sweat pada musim panas 1981. Dengan konsep dan rasa yang sudah dimengerti konsumen dan hasilnya berbuah pada musim panas tahun kedua. Penjualan melonjak hingga 3 kali lipat dari Rp 900 milyar (1980)menjadi  Rp 2,6 triliun (1981). Keyakinan Presiden Direktur Akihiko akhirnya berbuah.



Secara kesimpulannya, sikap yang tanpa mudah putus asa amat penting dalam kerjaya keusahawanan. Selain itu, ketangguhan kerja keras juga diperlukan dalam kerjaya hanya boleh menjadikan impian sebagai realistik.




Thursday, 9 October 2014

Usahawan - Dato' Michael Tio

          




      Dato 'Michael Tio adalah Pengarah Urusan & Ketua Eksekutif Kumpulan daripada PKT Logistics Group Sdn. Bhd (PKT). Sifat-sifat keusahawanan beliau dipaparkan apabila dia adalah seorang pelajar Perakaunan yang menduduki sarjana muda di Universiti Hull dan kemudian sebagai seorang pelajar lepasan ijazah dalam Antarabangsa Kewangan di Universiti Reading di Britain. Beliau mengeksport kereta mewah balik ke Malaysia untuk dijual sebagai kereta dingin semula. Selepas tinggal di Britain selama lebih daripada sepuluh tahun, beliau telah dipanggil bapanya, Datuk Tio Sook Keo pulang ke Malaysia bagi membantu menjalankan PKT Logistics, perniagaan keluarganya. Dalam tempoh yang singkat, beliau mempelajari sejumlah perdagangan logistik dan memacu syarikat ke syarikat yang perolehan juta ringgit.

"Facebook adalah cara yang hebat untuk mengembangkan kenamaan anda, dan dengan lebih 20,000 peminat, ia seperti mempunyai 20,000 jualan orang yang mempromosi dan bercakap tentang produk anda," katanya memberitahu StarBizWeek.

            Saya memilih Michael Tio kerana mengagumi sikap berendah dirinya. Walaupun Dato Michael Tio berlahir dari keluarga yang kaya dan mempunyai kedudukan pendidikan yang tinggi, tetapi beliau tidak pernah sombong dan pandang rendah terhadap orang lain. Sebaliknya, beliau berazam membuat sesuatu untuk menyumbang balik kepada masyarakat ini. Beliau tidak pernag cemburu terhadap kejayaan orang lain tetapi belajar dari mereka. 


           PKT adalah ditubuhkan oleh bapanya, Datuk Tio Sook Keo, pada tahun 1974. Pada masa itu, syarikat ini dikenali sebagai Port Klang Trading dan beroperasi daripada sebuah rumah teres di Port Klang. Pejabat hanya berada di hadapan rumah sementara keluarga Tio tinggal di belakang. Pada tahun 1986, Tio pergi ke UK untuk meneruskan pengajian manakala bapanya menjalankan perniagaan di Malaysia. Walaupun masih belajar, bapanya sentiasa menggalakkan beliau untuk mula mencari hidup untuk sebagai seorang ahli perniagaan.

           Bapanya sentiasa memberi inspirasi untuk menjadi Michael Tio sebagai seorang ahli perniagaan. Jadi beliau mula membeli kereta terpakai dan dijual mereka di Malaysia. Selama bertahun-tahun, Tio berkembang perniagaan kereta terpakai tetapi akhirnya, dia tahu bahawa masa depan adalah dengan perniagaan keluarga. Beliau datang ke Malaysia pada bulan Januari 1996 iaitu Syarikat pada masa yang telah beroperasi di lot kedai dengan perolehan tahunan sebanyak RM2 juta.

      Hari ini, PKT Logistics terletak di luas RM160mil state-of-seni pusat dikenali sebagai "salah satu hab logistik" di Shah Alam yang selama lebih 27 ekar. Syarikat itu kini menjana perolehan tahunan RM500 juta. Hab itu terdiri daripada dua struktur - pusat pengedaran merentas dok yang sebanyak 180,000 kaki persegi dipanggil "The Ship" dan pusat pengedaran serantau yang sebanyak 380,000 kaki persegi dipanggil "The Waves". PKT sedang memuktamadkan pembinaan struktur yang ketiga - Pusat pengedaran yang bertingkat yang sebanyak 200,000 kaki persegi dipanggil " The LightHouse".

   Tio menukarkan syarikat dari perkongsian ke swasta berhad. Tujuannyaadalah untuk menjadi sebuah syarikat multinasional (MNC) logistik, mempunyai pencapaian global dan mampu untuk menawarkan perkhidmatan kepada pelanggan antarabangsa.

        Dengan "Dasar Pandang ke Timur," Tio melihat ke negara-negara seperti Jepun dan Korea Selatan untuk mengembangkan perniagaan PKT ini. Pada 1990-an, pada kemuncak krisis kewangan Asia, PKT mula menjalankan perniagaan dengan rakan kongsi Korea dengan rangkaian firma di negara ini. PKT sebagai pembekal logistik kepada Kia ketika NAZA memperkenalkan model pertama terurai-Kia di Malaysia.

        PKT juga mula menyediakan perkhidmatan logistik untuk Hyundai melalui Oriental-Hyundai, perkongsian yang kemudian bergabung dengan Berjaya Group. "Itu apabila kita menceburi perniagaan logistik automotif," kata Tio, sambil menambah bahawa dalam beberapa tahun akan datang, PKT mula menyediakan perkhidmatan kepada syarikat-syarikat yang lebih global.
Akhirnya, perniagaan logistik automotif menjadi perniagaan teras PKT, dan pada masa ini mencakupi kira-kira 80% daripada jumlah jualan syarikat.

           Pada tahun 2007, Tio merasakan bahawa perniagaan logistik automotif PKT ini telah mencapai kemuncaknya, dan memutuskan bahawa terdapat keperluan untuk mempelbagaikan perkhidmatan syarikat untuk meningkatkan pendapatan.

      "Menjelang 2008, jumlah dagangan tahunan kami telah mencecah RM200 juta. Kami fikir penyenaraian syarikat itu tetapi kami tidak mempunyai aset yang mencukupi, kerana sebagai perniagaan kami menyediakan perkhidmatan.""Oleh itu, memberi tumpuan kepada segmen automotif, kami mengambil keputusan untuk mempelbagaikan ke dalam (FMCG) Fast Moving Consumer Goods."

        Memandangkan bahawa sebahagian besar daripada pendapatannya adalah daripada perniagaan automotifnya, PKT telah menetapkan sasaran jangka masa yang terdekat, dipanggil "Wawasan 60:40", untuk meningkatkan operasi perniagaan FMCG kepada 40% daripada jumlah jualan kira-kira 20% pada masa iTU. PKT juga menyasarkan untuk menjana 30% daripada jumlah jualan logistik automotif dari negara-negara Asean. Perniagaan FMCG semakin berkembang, begitu juga dengan perniagaan automotif.

        Antara negara-negara yang PKT pada masa ini diniagakan dengan adalah Thailand, Vietnam, Indonesia, Kemboja, Laos, Taiwan, India dan Korea Selatan.

          Pada tahun menjelang 2005, rancangan jangka pertengahan adalah yang "Wawasan 5M5," di mana berhasrat untuk mengembangkan jejak pergudangan kepada 5 juta kaki persegi daripada kira-kira satu juta kaki persegi pada masa itu. Ia juga menyasarkan untuk meningkatkan pendapatan kepada RM1 bilion pada tahun 2015 dan menjadi pesaing hebat dalam industri FMCG tempatan.
Untuk bersaing dengan syarikat multinasional lain, Tio terdapat keperluan untuk melabur teknologi hijau, teknologi komunikasi dan informasi, tenaga kerja dan latihan serta pemulangan pakar tempatan dari luar negara dalam.

           "Ramai memilih Singapura sebagai hab logistik mereka, tetapi mengapa tidak Malaysia? Tidak ada sebab mengapa Malaysia tidak boleh menjadi hab logistik di rantau ini. Tanah dan buruh kos kami adalah lebih murah daripada negara-negara lain di rantau ini," kata beliau.

        Hab PKT Logistik menawarkan pelbagai kemudahan, dari gimnasium untuk bilik makan dan rekreasi. Ia juga mempunyai sebuah ladang nanas besar, yang dikenali sebagai "Sea of Pineapple", mengapit premisnya di luar.

      "Falsafah saya selalu bahawa hidup ini singkat dan anda akan dapat melihat dunia semasa anda masih boleh. Kami mahu melawat semua tujuh benua. Setakat ini, kami telah pergi ke lima." Perjalanan terakhir PKT Logistics adalah Antartika. Perjalanan depan, kata Tio, akan ke Amerika Selatan. Mengimbas kembali bagaimana syarikat ini telah berkembang selama ini, Tio merumuskan rahsia untuk berjaya dengan falsafah belum mendalam yang mudah:


          "Engkau tidak cemburu dengan kejayaan orang lain. Belajar dari mereka dan menjadi menghargai dan menyumbang kepada masyarakat apabila berjaya tanpa mengharapkan apa-apa kembali sebagai balasan."




Sunday, 5 October 2014

Usahawan - Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary



       Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary adalah seorang usahawan yang merendah diri, kurang menunjukkan sendiri di depan publisiti dan media. Beliau kini berusia 51 tahun dan memulakan kerjayanya di Johor pada awal tahun 90-an. Beliau mula melibatkan diri dalam bidang perniagaan sebagai pemborong beras dan kini beliau merupakan seorang tokoh korporat bumiputera yang disegani dan berjaya di dalam sektor perladangan, pembangunan hartanah, pembinaan, kejuruteraan, janakuasa, infrastruktur dan pelabuhan.
   
             Saya memilih Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary kerana semangat beliau yang sentiasa berfikiran positif. Beliau masih berazam melaburkan perniagaan lain walaupun mengalami kemerosotan perniagaan. Beliau melihat kegagalan dan cabaran kehidupan sebagai peluang hidup semula. 

     Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary berasal dari Alor Setar, Kedah. Beliau hidup dalam miskin. Beliau hanya belajar sampai tingkatan lima. Kebanyakan ilmunya diperoleh melalui pengalaman secara langsung apabila beliau bergiat dalam perniagaan sejak kecil lagi. Walaubagaimanpun, keadaan miskin telah banyak mendorong beliau untuk membuat sesuatu bagi mengubah statusnya di masyarakat.

       Beliau percaya kejayaan perlukan masa dan perlu melalui fasa kesusahan dan cabaran. Oleh itu, beliau tidak mengisah bermula daripada perniagaan yang kecil dan tidak banyak menguntungkan. Beliau bermula perniagaan pada tahun 1970-an apabila ternakan bapanya mengalami wabak dan kemerosotan. Sejak itu, beliau mula menjual daging secara kecil-kecilan. Beliau membeli daging yang tidak terjual dari pekan dan membungkus dengan ais dan menjual kembali kepada peniaga Bumiputera dan restoran-restoran.

   Selepas perniagaan menjual daging, beliau beralih kepada perniagaan pengangkutan. Tan Sri Syed  membuka syarikat pengangkutan yang dinamakan Syarikat Pengangkutan Sentosa. Beliau menggunakan lori-lorinya bagi memulakan perniaggaan beras manakala Syarikat Kenderaan Sentosa masih wujud  sehingga ke hari ini.

    Pada tahun 1974, Tan Sri Syed Mokhtar membeli rumah kedainya yang pertama di Jalan Telok Wan Jah. Pada tahun 1975, beliau menubuhkan Syarikat Shah. Beliau berjaya mendapat kontrak bagi membekalkan beras ke pihak FELDA, MARA, Senama, Pernas Edar dan juga Sergam Sdn. Bhd, iaitu anak syarikat Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor. Dengan Syarikat Shah, beliau menubuhkan syarikat usahasama dengan dua orang peniaga Cina, iaitu Ng Ghiak Gee dan Chua Chong Tan. Ng sebagai pedagang beras manakala Chua sebagai pengilang beras.

       Perniagaannya terus berkembang kepada komoditi lain iaitu gula. Ini masih dijalankan sehingga ke hari ini melalui Bukhary Sdn Bhd. Tidak lama kemudian, Bukhary (KL) Sdn Bhd ditubuhkan pada tahun 1977. Syarikat itu ditubuhkan khas untuk mendapatkan kontrak kerajaan yang banyak ditawarkan kepada usahawan Bumiputera. Beliau diberikan kontrak bagi membekalkan beras, teh, tepung coklat, tepung susu dan juga minyak sapi kepada kerajaan. Susu Mas Sdn Bhd ditubuhkan pada tahun 1979. Produk Susu Mas Sdn Bhd dipasarkan di bawah jenama Fernleaf dan Anchor. Walaubagaimanapun, beliau menjual sahamnya dalam Susu Mas Sdn Bhd ekoran kemelesetan ekonomi. Pada tahun 1978, Tan Sri Syed Mokhtar menjalankan sistem barter iaitu menukarkan kokonya  dengan teh dari China semasa beliau menyertai delegasi perdagangan ke Ekso Perdagangan Canton, China.

     Beliau kemudian melangkah kepada sektor pembuatan. Ini ekoran kejayaannya mendapat kontrak membuat pakaian seragam tentera bagi pihak Kementerian Pertahanan. Beliau menubuhkan dua buah syarikat, iaitu Amtek Holdings bagi mengeluarkan kasut dan Oriental Garments Uniform Devision bagi mengeluarkan pakaian. Apabila Amtek Holding disenaraikan di Papan Kedua Bursa Saham Kuala Lumpur pada tahun 1998, beliau menggunakan wang penyenaraian yang diperolehnya bagi membeli Spark Manshop dan hak bagi mengeluarkan dan memasarkan pakaian berjenama Crocodile. Kini, anak syarikat Amtek Holdings mengeluarkan kasut tentera (Amtek Shoes) dan pakaian berjenama Lee Coopers dan Lois (Amtek Garments Sdn Bhd) bagi pasaran eksport.

         Tan Sri Syed Mokhtar juga melibatkan dalam perniagaan perkapalan. Beliau menubuhkan Bukhari Shipping dan membeli sebuah kapal buatan Jerman yang dinamakan Angsa Mas bagi digunakan mengangkut beras dari Thailand ke Sabah dan Sarawak. Walaubagaimanapun, perniagaan itu mengalami kerugian yang menyebabkan beliau terpaksa menjual kapalnya. Pada masa yang sama, beliau mula bergiat dalam sektor pembangunan hartanah. Beliau membeli beberapa bidang tanah di Alor Setar dan memulakan projek perumahan di bawah syarikat Bukhary Development.

          Manakala sampai awal tahun 90-an, barunya adalah kerjaya yang paling besar bagi beliau. Beliau terlibat dalam projek penswastaan. Beliau membeli Johor Port dan Johor Tenggara Oil Palm Sdn Bhd selalunya juga menjayakan projek Pelabuhan Tanjung Pelepas. Projek penswastaan ketiganya adalah penswasta air yang mana beliau menubuhkan Equiventure Sdn Bhd, iaitu syarikat usaha sama di antara syarikatnya, Kembangan Dinamik dan Pilecon Bhd serta syarikat Perancis, Oneo.

    Beliau membeli sebahagian saham daripada MMC Corporation, iaitu syarikat kejuteraan dan IJM Corporation yang mengutamakan pembuatan. Beliau juga memiliki pegangan saham dalam perdagangan beras, Pernas International Holdings Berhad (konglomerat yang terlibat banyak sektor perniagaan), Fiamma Holdings Berhad (syarikat pemasaran dan pengedaran barangan elektronik) dan MPH (syarikat peruncitan dan pengedaran buku).

      Keadaan masa kecil Tan Sri Syed Mokhtar mendorong beliau menubuhkan Yayasan al-Bukhary yang sebagai badan kebajikan bagi membantu golongan miskin dan menggalakkan persaudaraan sesama Islam. Selain itu, Kompleks al-Bukhary dibinakan telah memainkan peranan sebaga kompleks yang lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti masjid, pusat perubatan. pusat komoditi, rumah anak yatim, akademi khas bagi warga tua dan pusat pengajian tinggi. Yayasan al-Bukhary juga menyumbang dalam pembinaan Muzium Kesenian Islam Malaysia, pengasasan Institut Pembangunan Pendidikan Maju (MIED), projek kebajikan yang bercirikan Islam dan juga organisasi bukan Islam. Yayasan al-Bukhary juga menyumbang kepada Projek Langkawi bagi menjalankan projek pendidikan di luar bandar dan juga memberi biasiswa kepada pelajar yang kurang mampu.

http://www.mykedah2.com/20hall_fame/202_3_03.htm




Sunday, 28 September 2014

KEUSAHAWANAN DENGAN EKONOMI DI MALAYSIA

       
      Kebanyakan pengkaji berpendapat bahawa usahawan dan keusahawanan merupakan pembolehubah utama yang menghubungkan lingkungan sosiobudaya dengan kadar pertumbuhan ekonomi ( Cole, 1986; Mc Connel, 1973; Stigler, G.J., 1976). Mc Connel umpamanya menyatakan bahawa peranan usahawan adalah penting untuk perkembangan ekonomi kerana beliau menjalankan keempat-empat fungsi ekonomi, iaitu menggabungkan sumber-sumber, membuat keputusan, mengambil risiko dan memperkenalkan pembaharuan. Dalam hal demikian, ia menjadi kuasa pengubah di dalam kehidupan dan ekonomi (Caroll, 1965; Sayigh, 1962).

            Hubungan keusahawanan dengan ekonomi dikaitkan rapat sejak pada masa dahulu iaitu penjajahan British. Dasar "pecah dan perintah" menyebabkan kebanyakan usahawan Bumiputera dilahirkan dalam sistem pelajaran yang kurang mempunyai pengetahuan, pengalaman, sikap serta nilai keusahawanan yang positif. Wujudnya ketidakseimbangan ekonomi mengikut kaum. Menyedari masalah tersebut, kerajaan memperbaiki kedudukan ekonomi kaum bumiputera melalui penggubalan dan perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada tahun 1970. DEB bermatlamat meningkatkan penglibatan bumiputera dalam perdagangan dan perusahaan secara kuantitatif dan kualitatif.  Walaubagaimanapun, DEB berhasil bahawa Bumiputera masih lagi mencari peluang yang sudah sedia ada. Seterusnya adalah  Dasar Pembangunan Negara (1990-2000) dan Wawasan 2020. Kesemua dasar ini adalah memberi sokongan terhadap pembangunan keusahawanan di Malaysia. Kerajaan menekankan pembangunan keusahawanan kerana dapat memberi sumbangan ke arah usaha untuk menyusun semula masyarakat. Tokoh usahawan Malaysia seperti Tan Sri Rozali Ismail dan Datuk T. Ananda Krishnan telah memainkan peranan penting dalam usaha mewujudkan masyarakat dan negara yang makmur. Sumbangan beliau boleh dilihat dari sudut mikro dan makro. 

             Pada masa kini, persekitaran ekonomi terdiri daripada makro dan mikro maka usahawan berkait rapat dengan kedua-duanya. Ekonomi makro dan mikro adalah keadaan luaran dan dalam yang boleh memberi kesan perniagaan dan mempengaruhi usahawan dalam membuat keputusan.

            Dari sudut mikro, usahawan dianggap sebagai pencetus idea baru terhadap sesuatu yang wujud atau belum wujud. Maka selepas idea itu menjadi penghasilan produk dan perkhidmatan yang dapat menambahkan nilai barang atau perkhidmatan tersebut. Sebagai contoh, telefon bimbit berjenama Nokia hanya boleh membuat panggilan pada tahun 80-an. Selepas penyelidikan dan pembaharuan, telefon bimbit mempunyai fungsi yang berbagai seperti perkhidmatan pesanan ringkas (SMS), mendengar lagu, mengambil gambar dan sebagainya. Dengan ini, telefon bimbit mempunyai kegunaan baru dan bertambah nilai. Oleh hal yang demikian, sumbangan usahawan dalam menjana idea baru adalah sangat penting.

                Dari sudut makro, sumbangan usahawan ialah mewujudkan peluang pekerjaan. Usahawan biasanya terlibat dalam pelbagai bidang perniagaan, perkhidmatan, perindustrian dan sebagainya. Dengan ini, banyak peluang pekerjaan disediakan untuk masyarakat tempatan. Sebagai contoh, penubuhan HICOM dan syarikat penerbangan Air Asia telah menawarkan pelbagai jenis pekerjaan. Kewujudan peluang pekerjaan yang banyak dan mencukupi akan mengurangkan masalah pengangguran. Mengikut statistik, kadar pengangguran telah menurun dari 3.6% pada tahun 2000 kepada 3.4% pada tahun 2005. Secara tidak langsung, ekonomi negara telah meningkat dengan pengurangan pengangguran.


            Berikutnya adalah kajian mengenai ekonomi dengan usahawan Bumiputera di Malaysia. Fauzi Yaacob dalam kajiannya terhadap 186 peniaga Melayu Kota Bahru, Kelantan merumuskan bahawa usahawan-usahawan yang bermotif "pecuniary" mahu mendapat kekayaan dan penghormatan apabila tahap ekonomi meningkat lebih tinggi. Kajian beliau menunjukan iklim ekonomi telah menjadi faktor yang penting yang menggalakkan dan bertindak sebagai "push factor" kepada Bumiputera untuk melibatkan diri dalam perdagangan dan perusahaan. 



Thursday, 25 September 2014

EVOLUSI KEUSAHAWANAN DI MALAYSIA


          Keusahawanan di Malaysia boleh terbahagi kepada empat peringkat, iaitu pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, era penjajahan, selepas kemerdekaan dan era masa kini.

          Keusahawanan di Malaysia bermula seawal Kesultanan Melayu Melaka (1402 - 1511). Masyarakat tempatan menumpukan ke atas kegiatan sistem ekonomi sara diri dan separa sara diri. Mereka melakukan penternakan, memburu binatang, mencari hasil hutan dan menangkap ikan. Selepas itu, mereka menjalankan sistem perdagangan barter iaitu pertukaran barangan bagi mendapat barangan yang mereka memerlukan. Selain itu, penduduk tempatan juga menjalankan urusniaga dengan pedagang asing. Melaka telah menjadi tempat pelabuhan pedagang-pedagang berhenti. Kemasyhuran di kalangan pedagang luar asing menimbulkan minat dan kedatangan kuasa besar iaitu British.  

           Pada zaman penjajahan British (1874), British mengamalkan prinsip "pecah dan perintah" yang mengasingkan penglibatan kaum-kaum. Bangsa Melayu menguasai kegiatan pentadbiran  dan pertanian. Manakala bangsa Cina dapat bekerja sebagai pelombong dan peniaga dan juga India hanya dapat bekerja di estet dan perladangan.

          Selepas kemerdekaan (1957), kesedaran bahawa kepentingan bidang keusahawanan kepada individu, masyarakat dan negara, dan juga akibat masalah rusuhan kaum pada pemerintahan British, kerajaan melancarkan Dasar Ekonomi Baru (1971 - 1990), Dasar Pembangunan Negara (1990 - 2000) dan Wawasan 2020 untuk membangunkan ekonomi Malaysia. Pelancaran kesemua ini adalah memberi sokongan terhadap pembangunan usahawan.


      Manakala pada masa kini (1995), kerajaan membangunkan Kementerian Pembangunan Keusahawanan sebagai badan yang mengawal dan mempromosi pembangunan keusahawanan di Malaysia. Pada tahun 2004, Kementerian Pembangunan Keusahawanan ditukarkan kepada Kementerian Pembangunan Usahawan & Koperasi yang berperanan sebagai agensi utama bagi pembangunan usahawan Bumiputera. Objektif utama Kementerian adalah untuk menyediakan persekitaran yang membantu dan menggalakkan pembangunan usahawan tulen yang berkualiti, berdaya maju, berdaya tahan dan berdaya saing dalam semua sektor serta memupuk budaya keusahawanan dan koperasi di kalangan rakyat Malaysia.