Yayasan Emkay diasaskan oleh Tan Sri Datuk Haji Mustapha
Kamal Haji Abu Bakar. Ia adalah salah satu tanggungjawab sosial korporat di
bawah Emkay Group. Yayasan Emkay bertujuan menghulurkan tangan kepada golongan
yang memerlukan bantuan. Bantuan adalah terdiri daripada pelbagai segi iaitu
pendidikan, kesihatan, keagamaan, pembangunan sukan atau kemasyarakatan dan ihsan
dan usaha peningkatan kesedaran alam sekitar. Yayasan Emkay memberi bantuan
yang tidak mengira kaum dan agama. Selain itu, bantuan yang diberikan
diutamakan kepada golongan yang tinggal di kawasan pedalaman dan di luar arus
pembangunan.
Dari segi pendidikan, Yayasan Emkay memberi fokus kepada
pendidikan awal kanak-kanak dengan menubuhkan Perpustakaan Permainan (Toy
Library), Program i-Learn dan Q4Kids dan juga pusat asuhan kanak-kanak Chow Kit.
Perpustakaan Permainan (Toy Library), Program i-Learn dan Q4Kids adalah untuk
meningkatkan meningkatkan
kemahiran dan perkembangan kanak-kanak. Manakala pusat asuhan adalah memberi
satu tempat berteduh kepada kanak-kanak di Chow Kit.
Dari segi kesihatan,
Yayasan Emkay mewujudkan 5 buah Pusat Hemodialisis di beberapa buah negeri di
Malaysia pada setakat ini. Selain itu,
bantuan rawatan kesihatan juga diberikan kepada mereka yang tinggal di kawasan
pedalaman dan kurang tidak berkemampuan.
Dari segi keagamaan dan
ihsan, 3 buah surau telah ditubuhkan di bawah bantuan Yayasan Emkay. Yayasan
EMKAY juga telah menyumbang derma bagi tujuan pembelian selimut dan bantal
untuk jemaah-jemaah Haji Malaysia. Pelbagai sumbangan yang diberikan oleh
Yayasan Emkay termasuklah pakej umrah di kalangan pekerja dan orang awam dan bagi
kegunaan jemaah haji di tanah suci. Manakala bantuan ihsan adalah berkaitan sumbangan
kepada pertubuhan, rumah orang tua, rumah anak yatim dan pelajar serta orang
perseorangan yang ditimpa musibah.
Dari segi kesukanan, sumbangan Yayasan Emkay termasuklah
pembinaan Kompleks Sukan di Johor, dermaan kepada Persatuan Golf Wanita
Malaysia (MALGA) khusus bagi pembangunan sukan golf wanita, dan dermaan kepada Program
‘Ken Barnes Soccer Skills’ yang bertujuan bagi mengasah bakat dalam sukan bola
sepak dari akar umbi. Sukan amal juga dijalankan seperti Program Kelinik
Bolasepak Masyarakat Orang Asli untuk mengurangkan kemungkinan remaja orang
asli terlibat di dalam aktiviti yang kurang sihat dan mengasah bakat remaja dalam
arena bola sepak.
Pada akhir sekali, dari segi alam sekitar dan
kemasyarakatan, Yayasan Emkay manjalankan penyelidikan bahawa pemuliharaan dan
pemeliharaan alam sekitar dengan menubuhkan pusat penyelidikan. Peluang pekerjaan
juga disediakan kepada masyarakat sekitar termasuklan orang asli. Yayasan Emkay
mengadakan ceramah motivasi, lawatan sambil belajar, projek anak angkat dan
program sokongan lain yang menjurus kepada kemajuan pembelajaran anak-anak,
Kelas bimbingan dan aktiviti-aktiviti pembelajaran untuk kanak-kanak juga tidak
dikecualikan. Bantuan dana juga diberikan bagi membiayai perbelanjaan untuk
latihan, logistik, perabot dan peralatan, penyelidikan dan kajian serta
pengangkutan.