Tuesday, 9 December 2014

Tan Sri Mustapha Kamal menubuhkan Yayasan Emkay

Yayasan Emkay diasaskan oleh Tan Sri Datuk Haji Mustapha Kamal Haji Abu Bakar. Ia adalah salah satu tanggungjawab sosial korporat di bawah Emkay Group. Yayasan Emkay bertujuan menghulurkan tangan kepada golongan yang memerlukan bantuan. Bantuan adalah terdiri daripada pelbagai segi iaitu pendidikan, kesihatan, keagamaan, pembangunan sukan atau kemasyarakatan dan ihsan dan usaha peningkatan kesedaran alam sekitar. Yayasan Emkay memberi bantuan yang tidak mengira kaum dan agama. Selain itu, bantuan yang diberikan diutamakan kepada golongan yang tinggal di kawasan pedalaman dan di luar arus pembangunan.

Dari segi pendidikan, Yayasan Emkay memberi fokus kepada pendidikan awal kanak-kanak dengan menubuhkan Perpustakaan Permainan (Toy Library), Program i-Learn dan Q4Kids dan juga pusat asuhan kanak-kanak Chow Kit. Perpustakaan Permainan (Toy Library), Program i-Learn dan Q4Kids adalah untuk meningkatkan meningkatkan kemahiran dan perkembangan kanak-kanak. Manakala pusat asuhan adalah memberi satu tempat berteduh kepada kanak-kanak di Chow Kit.

Dari segi kesihatan, Yayasan Emkay mewujudkan 5 buah Pusat Hemodialisis di beberapa buah negeri di Malaysia pada setakat ini.  Selain itu, bantuan rawatan kesihatan juga diberikan kepada mereka yang tinggal di kawasan pedalaman dan kurang tidak berkemampuan.

Dari segi keagamaan dan ihsan, 3 buah surau telah ditubuhkan di bawah bantuan Yayasan Emkay. Yayasan EMKAY juga telah menyumbang derma bagi tujuan pembelian selimut dan bantal untuk jemaah-jemaah Haji Malaysia. Pelbagai sumbangan yang diberikan oleh Yayasan Emkay termasuklah pakej umrah di kalangan pekerja dan orang awam dan bagi kegunaan jemaah haji di tanah suci. Manakala bantuan ihsan adalah berkaitan sumbangan kepada pertubuhan, rumah orang tua, rumah anak yatim dan pelajar serta orang perseorangan yang ditimpa musibah.

Dari segi kesukanan, sumbangan Yayasan Emkay termasuklah pembinaan Kompleks Sukan di Johor, dermaan kepada Persatuan Golf Wanita Malaysia (MALGA) khusus bagi pembangunan sukan golf wanita, dan dermaan kepada Program ‘Ken Barnes Soccer Skills’ yang bertujuan bagi mengasah bakat dalam sukan bola sepak dari akar umbi. Sukan amal juga dijalankan seperti Program Kelinik Bolasepak Masyarakat Orang Asli untuk mengurangkan kemungkinan remaja orang asli terlibat di dalam aktiviti yang kurang sihat dan mengasah bakat remaja dalam arena bola sepak.

Pada akhir sekali, dari segi alam sekitar dan kemasyarakatan, Yayasan Emkay manjalankan penyelidikan bahawa pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar dengan menubuhkan pusat penyelidikan. Peluang pekerjaan juga disediakan kepada masyarakat sekitar termasuklan orang asli. Yayasan Emkay mengadakan ceramah motivasi, lawatan sambil belajar, projek anak angkat dan program sokongan lain yang menjurus kepada kemajuan pembelajaran anak-anak, Kelas bimbingan dan aktiviti-aktiviti pembelajaran untuk kanak-kanak juga tidak dikecualikan. Bantuan dana juga diberikan bagi membiayai perbelanjaan untuk latihan, logistik, perabot dan peralatan, penyelidikan dan kajian serta pengangkutan.


Masalah yang dihadapi oleh Usahawan


Sebelum memulakan perniagaan, usahawan biasanya menghadapi masalah kewangan dan masalah lokasi. Lokasi merupakan faktor yang paling penting sekali yang akan memutuskan kejayaan perniagaan. Ketika memutuskan mana tempatnya perniagaan diletakkan, beberapa faktor terhadap lokasi akan diberi perhatian oleh usahawan. Iaitu kumpulan pelanggan, kumpulan pekerja, pesaing, kemudahan fasiliti dan sumber bahan mentah yang terdapat di lokasi yang tertentu. Lokasi yang terdapat pelanggan yang memerlukan produk atau perkhidmatan yang disediakan oleh perniagaan adalah kelebihan daya saing. Lokasi yang terdapat kumpulan pekerja, kemudahan fasiliti dan sumber bahan mentah akan membawa manfaat kepada perniagaan dengan mengurangkan kos pengangkutan untuk membawa masuk pekerja, fasiliti dan sumber dari tempat yang jauh. Manakala lokasi yang terdapat banyak pesaing akan menggugat kejayaan perniagaan. Hal ini kerana akan mewujudkan perbandingan produk dan harga oleh pelanggan. Manakala masalah kewangan adalah berkaitan rapat dengan modal untuk memulakan perniagaan. Untuk memulakan perniagaan, segala barang berkaitan hendaklah dicari dan dibeli. Contohnya, perabot dan reka bentuk dalaman kedai atau sumber-sumber perniagaan seperti bahan mentah dan informasi. Pada permulaan perniagaan, masalah kewangan biasanya menentukan ketidakbolehannya teruskan perniagaan.

Semasa menjalankan perniagaan, usahawan biasanya menghadapi masalah pengurusan dan masalah pemasaran. Usahawan tidak hanya beroperasikan sesautu perniagaan tetapi juga hendaklah mengetahui menguruskan perniagaan. Pengurusan perniagaan terhadap segala operasi perniagaan termasuklah pengurusan sumber manusia, pengurusan kewangan, pengurusan produk dan perkhidmatan dan juga pengurusan segala aliran perniagaan. Sesuatu perniagaan yang tidak diuruskan berkesan akan menjejaskan perniagaan. Orang yang bekerja haruslah sedaya upaya dan boleh dipercayai, aliran kewangan perlulah jelas dan berkepatutan, produk dan perkhidmatan haruslah disediakan mengikuti keperluan pelanggan dan tidak melalui jalan pintas, dan akhir sekali adalah segala aliran perniagaan patutlah mendirikan imej yang selesa dan dipercayai oleh orang lain. Manakala masalah pemasaran adalah terdapat pelanggan yang berbagai perspektif dan permintaan. Dalam masa yang pendek, perniagaan mungkin tidak boleh memuaskan permintaan pelanggan. Maka usahawan menghadapi masalah membawa masuk barang diminta atau membuat sendiri. Kadang kala situasi ini akan mendorong perniagaan ke dalam keadaan kemerosotan.

Maka selepas menjalankan perniagaan, usahawan biasanya menghadapi masalah persaingan. Semakin banyak perniagaan dioperasi di tempat yang berdekatan. Pelanggan mulai menukar haluan kepada peniaga baru. Oleh itu, usahawan perlulah mengkaji strategi untuk menarik balik pelanggan. Persaingan harga dan kualiti produk sengit pada masa setakat ini. Usahawan perlulah menimbangkan harga dan produk pesaing sebelum menetapkan harga dan produk sendiri. Pelanggan hari ini sensitif terhadap harga yang berbaloi dengan kualiti produk yang dihendaki. Maka, usahawan juga menghadapi masalah untuk meningkatkan kualiti produk sendiri. Usahawan perlulah menjalankan penyelidikan  terhadap kualiti produk. Untuk menarik balik pelanggan, sesuatu yang baru bersama kualiti yang tinggi dengan dipasarkan harga yang berpatutan adalah amat diperlukan.