Perkataan
"entrepreneur" datang dari kata kerja Perancis
"entrepredre" yang bermaksud "to undertake". Itu bermula
dengan satu konsep bahawa seseorang yang memikul dan mencuba sesuatu perniagaan
seterusnya menganjurkan, menguruskan ia dan mengandaikan risiko.
"Entrepreneur" juga bersama dengan komitmen untuk membuat sesuatu
untuk visi yang nyata dan membawa sesuatu yang baru kepada masyarakat yang
lebih maju dan bermanfaat kepada setiap orang. "Entrepreneur"
mempuanyai sejarah yang sejak pada zaman permulaan hingga pada abad ke 20. Ia
melalui zaman permulaan, pertengahan, abad ke 17, abad ke 18, abad ke 19 dan
20, dan yang terakhir adalah abad ke 21.
Pada
zaman permulaan, "entrepreneur" bermula zaman Marco Polo yang
menjalankan perjalanan perdagangan ke Timur Tengah. Marco Polo merupakan
seorang pengembara yang memperkenalkan "go-between". Dengan istilah
itu, barunya dia membuka laluan perniagaan yang menjual barang ke Timur Jauh.
Dalam proses itu, Marco Polo telah menandatangani kontrak perjanjian dengan
kapitalis untuk menjual produk mereka. Perjanjian itu menerangkan dan menentukan
syarat perdagangan iaitu setelah pedagang berjaya menjual barang tertentu,
keuntungan akan dibahagikan antara kapitalis dan pedagang tersebut. Pemilik
wang akan menyediakan pinjaman kepada saudagar pedagang manakala saudagar
pedagang pula menjalankan perniagaan. Pedagang yang menjalankan perniagaan di
situ bersifat pasif. Mereka sudi menanggung risiko yang pasif. Selain itu,
pedagang beraktif menguruskan perdagangan, menerima risiko tidak mengambil kira
fizikal atau emosi.
Pada
zaman pertengahan, pedagang dianggap sebagai seorang yang terlibat dalam
mengawal pengeluaran barang yang dalam jumlah yang besar atau menguruskan
projek produksi yang besar yang terlibat kerajaan. Sumber-sumber yang
disediakan hanya digunakan dan ia adalah diperuntukan oleh pemodal atau
kerajaan. Setakat ini, pedagang tidak perlu menanggung sebarang risiko. Hal ini
kerana mereka hanya bertanggungjawab
untuk mengawal proses-proses kerja senibina iaitu membina bangunan awam,
kubu pertahanan, gereja dan pembinaan rumah-rumah ibadat .
Pada
abad ke 17, terwujudnya hubungan risiko dengan pedagang. Pada abad ini, satu
kontrak akan ditandatangani antara pedagang dengan kerajaan. Kandungan kontrak
adalah menerangkan kerajaan perlu menyediakan perkhidmatan atau membekalkan
barang yang ditentukan dan harga kontrak adalah tetap. Manakala keuntungan atau
kerugian akan ditanggung oleh usahawan. Pada tahun 1725, Richard Cantillon yang
merupakan pakar ekonomi. Beliau adalah pengasas kepada istilah
"keusahawanan" dan mengandaikan teori awal mengenai keusahawanan.
Beliau berpendapatan pedagang atau usahawan sebagai penerimaan risiko, iaitu "buy at
certain price-sell at uncertain price". Mereka membeli pada harga tertentu
dan menjualnya pada harga yang tidak pasti, dengan ini mewujudkan unsur risiko
dan spekulasi dalam menjalankan perniagaan.
Pada
abad ke 18, pedagang yang mempunyai modal dibezakan dengan pedagang yang tidak
mempunyai modal. Usahawan dibezakan dengan pemberi kapital atau pemodal
(venture capitalist). "Venture Capitalist" adalah pengurus pelaburan
professional yang menganalisis dan membuat pelaburan berisiko terhadap modal
ekuiti yang dimiliki dan mendapat pulangan yang lebih tinggi ke atas pelaburan
yang dibuat. Sebagai contoh, Eli Whitney & Thomas Edison merupakan seorang
pengguna kapital, bukan pembekal modal .Pembezaan ini berlaku dengan perkembangan
dan perubahan industri dan penciptaan yang berlaku di seluruh dunia. Setiap
perubahan mendorong individu untuk merekebentuk yang lebih bermanfaat dan
berkesan.
Pada
abad ke 19 dan 20, konsep keusahawanan telah berubah. Usahawan dianggap sebagai
seorang yang membawa perubahan kerana terlibat dalam bidang penciptaan seperti
idea baru, produk baru dan teknologi baru. konsep baru ini berkait rapat dengan
istilah dan "inovasi". Inovasi
adalah idea yang memperkenalkan sesuatu yang baru. Usahawan berupaya mengesan
peluang dan mencipta sesuatu atau membuat perubahan terhadap persekitaran.
Keupayaan berinovasi merupakan kelebihan untuk membezakan ushawan dengan orang
lain. Menurut Histrich & Peter (1988), keusahawanan adalah suatu proses
dinamik untuk mencipta dimana menanggung
risiko besar di dalam ‘equity’, masa dan komitmen kerjaya atau proses mencipta
sesuatu yang baru dengan mengambil kira masa dan usaha dengan mengambil kira
risiko kewangan, psikologi dan sosial serta menerima manfaat daripadanya.
Terdapat empat aspek asas di dalam keusahawanan iaitu mencipta
sesuatu proses yang baru dan menpunyai nilai kepada usahawan dan pasaran
dimana proses tersebut dibangunkan, perlukan kesetiaan terhadap masa
dan usaha yang dilakukan, individu yang sanggup menerima risiko di
dalam bidang perniagaan masing-masing terutama dari aspek kewangan, psikologi
dan sosial, menerima banyak ganjaran iaitu kebebasan, kepuasan
peribadi dan keuntungan.
Pada
abad ke 21, usahawan dikenali sebagai hero dalam pasaran bebas (Free Enterprise).
Usahawan abad ini mencipta banyak produk dan perkhidmatan serta sanggup
menghadapi banyak risiko di dalam usahanya. Ramai pedagang menggunakan
pembaharuan kreativiti untuk membina empayar perusahaan. Usahawan cipta produk
dan perkhidmatan baru dan percaya adanya risiko dalam perusahaan. Kuratko dan
Hodgetts (2004) mendefinasikan usahawan sebagai: “Seorang yang berusaha untuk
mengatur, mengurus dan mengambil risiko di dalam perniagaan. Usahawan juga
adalah pemangkin kepada perubahan ekonomi yang menggunakan carian dengan maksud
tertentu, perancangan teliti dan pertimbangan yang sesuai apabila membuat
sebarang proses perniagaan. Dengan optimistik dan komited, usahawan bekerja
dengan kreatif untuk memperolehi sumber baru dan memperbaharui sumber yang lama
kepada kapasiti yang baru, semua ini hanya bertujuan untuk mencipta
keuntungan.” Hari ini, usahawan adalah seorang invator (penemu cara baru) atau
seorang ahli perniagaan yang mencari(mengenal pasti) dan meraih peluang yang
ada; menukar peluang tersebut menjadi idea yang dapat dilaksanakan atau dapat
dijual, menambah nilai, usaha, duit, kecekapan dan mengambil risiko dengan
terhadap persaingan di pasaran apabila melaksanakan idea tersebut dan menyedari
ganjaran yang akan diperolehi hasil dari usaha tersebut. Selain itu, Joseph
Schumpeter (1990) juga mengatakan usahawan adalah seorang yang memperkenalkan
inovasi sebagai inti keusahwanan dan berani mengambil risiko. Menurut
Scaborough dan Zimmerer (1988), “Seorang yang mencipta suatu perniagaaan
baru dan menghadapi suatu keadaan yang tidak pasti demi untuk memperolehi
keuntungan dan pertumbuhan dengan mengenal pasti peluang dan menyediakan sumber
untuk mencapainya. Usahawan selalunya bermula hanya dengan idea yang ada dan
selalunya idea yang mudah dan menyediakan sumber yang perlu untuk memindahkan
idea tersebut kepada perniagaan yang bersesuaian.”
Rujukan
Hannah Orwa Bula (ABD).
(2012). Evolution and Theories of Entrepreneurship: A Critical Review on the Kenyan Perspective. International Journal of Business and Commerce, 1(11), 81-96.
No comments:
Post a Comment