Sunday, 28 September 2014

KEUSAHAWANAN DENGAN EKONOMI DI MALAYSIA

       
      Kebanyakan pengkaji berpendapat bahawa usahawan dan keusahawanan merupakan pembolehubah utama yang menghubungkan lingkungan sosiobudaya dengan kadar pertumbuhan ekonomi ( Cole, 1986; Mc Connel, 1973; Stigler, G.J., 1976). Mc Connel umpamanya menyatakan bahawa peranan usahawan adalah penting untuk perkembangan ekonomi kerana beliau menjalankan keempat-empat fungsi ekonomi, iaitu menggabungkan sumber-sumber, membuat keputusan, mengambil risiko dan memperkenalkan pembaharuan. Dalam hal demikian, ia menjadi kuasa pengubah di dalam kehidupan dan ekonomi (Caroll, 1965; Sayigh, 1962).

            Hubungan keusahawanan dengan ekonomi dikaitkan rapat sejak pada masa dahulu iaitu penjajahan British. Dasar "pecah dan perintah" menyebabkan kebanyakan usahawan Bumiputera dilahirkan dalam sistem pelajaran yang kurang mempunyai pengetahuan, pengalaman, sikap serta nilai keusahawanan yang positif. Wujudnya ketidakseimbangan ekonomi mengikut kaum. Menyedari masalah tersebut, kerajaan memperbaiki kedudukan ekonomi kaum bumiputera melalui penggubalan dan perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada tahun 1970. DEB bermatlamat meningkatkan penglibatan bumiputera dalam perdagangan dan perusahaan secara kuantitatif dan kualitatif.  Walaubagaimanapun, DEB berhasil bahawa Bumiputera masih lagi mencari peluang yang sudah sedia ada. Seterusnya adalah  Dasar Pembangunan Negara (1990-2000) dan Wawasan 2020. Kesemua dasar ini adalah memberi sokongan terhadap pembangunan keusahawanan di Malaysia. Kerajaan menekankan pembangunan keusahawanan kerana dapat memberi sumbangan ke arah usaha untuk menyusun semula masyarakat. Tokoh usahawan Malaysia seperti Tan Sri Rozali Ismail dan Datuk T. Ananda Krishnan telah memainkan peranan penting dalam usaha mewujudkan masyarakat dan negara yang makmur. Sumbangan beliau boleh dilihat dari sudut mikro dan makro. 

             Pada masa kini, persekitaran ekonomi terdiri daripada makro dan mikro maka usahawan berkait rapat dengan kedua-duanya. Ekonomi makro dan mikro adalah keadaan luaran dan dalam yang boleh memberi kesan perniagaan dan mempengaruhi usahawan dalam membuat keputusan.

            Dari sudut mikro, usahawan dianggap sebagai pencetus idea baru terhadap sesuatu yang wujud atau belum wujud. Maka selepas idea itu menjadi penghasilan produk dan perkhidmatan yang dapat menambahkan nilai barang atau perkhidmatan tersebut. Sebagai contoh, telefon bimbit berjenama Nokia hanya boleh membuat panggilan pada tahun 80-an. Selepas penyelidikan dan pembaharuan, telefon bimbit mempunyai fungsi yang berbagai seperti perkhidmatan pesanan ringkas (SMS), mendengar lagu, mengambil gambar dan sebagainya. Dengan ini, telefon bimbit mempunyai kegunaan baru dan bertambah nilai. Oleh hal yang demikian, sumbangan usahawan dalam menjana idea baru adalah sangat penting.

                Dari sudut makro, sumbangan usahawan ialah mewujudkan peluang pekerjaan. Usahawan biasanya terlibat dalam pelbagai bidang perniagaan, perkhidmatan, perindustrian dan sebagainya. Dengan ini, banyak peluang pekerjaan disediakan untuk masyarakat tempatan. Sebagai contoh, penubuhan HICOM dan syarikat penerbangan Air Asia telah menawarkan pelbagai jenis pekerjaan. Kewujudan peluang pekerjaan yang banyak dan mencukupi akan mengurangkan masalah pengangguran. Mengikut statistik, kadar pengangguran telah menurun dari 3.6% pada tahun 2000 kepada 3.4% pada tahun 2005. Secara tidak langsung, ekonomi negara telah meningkat dengan pengurangan pengangguran.


            Berikutnya adalah kajian mengenai ekonomi dengan usahawan Bumiputera di Malaysia. Fauzi Yaacob dalam kajiannya terhadap 186 peniaga Melayu Kota Bahru, Kelantan merumuskan bahawa usahawan-usahawan yang bermotif "pecuniary" mahu mendapat kekayaan dan penghormatan apabila tahap ekonomi meningkat lebih tinggi. Kajian beliau menunjukan iklim ekonomi telah menjadi faktor yang penting yang menggalakkan dan bertindak sebagai "push factor" kepada Bumiputera untuk melibatkan diri dalam perdagangan dan perusahaan. 



Thursday, 25 September 2014

EVOLUSI KEUSAHAWANAN DI MALAYSIA


          Keusahawanan di Malaysia boleh terbahagi kepada empat peringkat, iaitu pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, era penjajahan, selepas kemerdekaan dan era masa kini.

          Keusahawanan di Malaysia bermula seawal Kesultanan Melayu Melaka (1402 - 1511). Masyarakat tempatan menumpukan ke atas kegiatan sistem ekonomi sara diri dan separa sara diri. Mereka melakukan penternakan, memburu binatang, mencari hasil hutan dan menangkap ikan. Selepas itu, mereka menjalankan sistem perdagangan barter iaitu pertukaran barangan bagi mendapat barangan yang mereka memerlukan. Selain itu, penduduk tempatan juga menjalankan urusniaga dengan pedagang asing. Melaka telah menjadi tempat pelabuhan pedagang-pedagang berhenti. Kemasyhuran di kalangan pedagang luar asing menimbulkan minat dan kedatangan kuasa besar iaitu British.  

           Pada zaman penjajahan British (1874), British mengamalkan prinsip "pecah dan perintah" yang mengasingkan penglibatan kaum-kaum. Bangsa Melayu menguasai kegiatan pentadbiran  dan pertanian. Manakala bangsa Cina dapat bekerja sebagai pelombong dan peniaga dan juga India hanya dapat bekerja di estet dan perladangan.

          Selepas kemerdekaan (1957), kesedaran bahawa kepentingan bidang keusahawanan kepada individu, masyarakat dan negara, dan juga akibat masalah rusuhan kaum pada pemerintahan British, kerajaan melancarkan Dasar Ekonomi Baru (1971 - 1990), Dasar Pembangunan Negara (1990 - 2000) dan Wawasan 2020 untuk membangunkan ekonomi Malaysia. Pelancaran kesemua ini adalah memberi sokongan terhadap pembangunan usahawan.


      Manakala pada masa kini (1995), kerajaan membangunkan Kementerian Pembangunan Keusahawanan sebagai badan yang mengawal dan mempromosi pembangunan keusahawanan di Malaysia. Pada tahun 2004, Kementerian Pembangunan Keusahawanan ditukarkan kepada Kementerian Pembangunan Usahawan & Koperasi yang berperanan sebagai agensi utama bagi pembangunan usahawan Bumiputera. Objektif utama Kementerian adalah untuk menyediakan persekitaran yang membantu dan menggalakkan pembangunan usahawan tulen yang berkualiti, berdaya maju, berdaya tahan dan berdaya saing dalam semua sektor serta memupuk budaya keusahawanan dan koperasi di kalangan rakyat Malaysia. 



EVOLUSI KEUSAHAWANAN

          
          Perkataan "entrepreneur" datang dari kata kerja Perancis "entrepredre" yang bermaksud "to undertake". Itu bermula dengan satu konsep bahawa seseorang yang memikul dan mencuba sesuatu perniagaan seterusnya menganjurkan, menguruskan ia dan mengandaikan risiko. "Entrepreneur" juga bersama dengan komitmen untuk membuat sesuatu untuk visi yang nyata dan membawa sesuatu yang baru kepada masyarakat yang lebih maju dan bermanfaat kepada setiap orang. "Entrepreneur" mempuanyai sejarah yang sejak pada zaman permulaan hingga pada abad ke 20. Ia melalui zaman permulaan, pertengahan, abad ke 17, abad ke 18, abad ke 19 dan 20, dan yang terakhir adalah abad ke 21.

          Pada zaman permulaan, "entrepreneur" bermula zaman Marco Polo yang menjalankan perjalanan perdagangan ke Timur Tengah. Marco Polo merupakan seorang pengembara yang memperkenalkan "go-between". Dengan istilah itu, barunya dia membuka laluan perniagaan yang menjual barang ke Timur Jauh. Dalam proses itu, Marco Polo telah menandatangani kontrak perjanjian dengan kapitalis untuk menjual produk mereka. Perjanjian itu menerangkan dan menentukan syarat perdagangan iaitu setelah pedagang berjaya menjual barang tertentu, keuntungan akan dibahagikan antara kapitalis dan pedagang tersebut. Pemilik wang akan menyediakan pinjaman kepada saudagar pedagang manakala saudagar pedagang pula menjalankan perniagaan. Pedagang yang menjalankan perniagaan di situ bersifat pasif. Mereka sudi menanggung risiko yang pasif. Selain itu, pedagang beraktif menguruskan perdagangan, menerima risiko tidak mengambil kira fizikal atau emosi.

          Pada zaman pertengahan, pedagang dianggap sebagai seorang yang terlibat dalam mengawal pengeluaran barang yang dalam jumlah yang besar atau menguruskan projek produksi yang besar yang terlibat kerajaan. Sumber-sumber yang disediakan hanya digunakan dan ia adalah diperuntukan oleh pemodal atau kerajaan. Setakat ini, pedagang tidak perlu menanggung sebarang risiko. Hal ini kerana mereka hanya bertanggungjawab  untuk mengawal proses-proses kerja senibina iaitu membina bangunan awam, kubu pertahanan, gereja dan pembinaan rumah-rumah ibadat .  

          Pada abad ke 17, terwujudnya hubungan risiko dengan pedagang. Pada abad ini, satu kontrak akan ditandatangani antara pedagang dengan kerajaan. Kandungan kontrak adalah menerangkan kerajaan perlu menyediakan perkhidmatan atau membekalkan barang yang ditentukan dan harga kontrak adalah tetap. Manakala keuntungan atau kerugian akan ditanggung oleh usahawan. Pada tahun 1725, Richard Cantillon yang merupakan pakar ekonomi. Beliau adalah pengasas kepada istilah "keusahawanan" dan mengandaikan teori awal mengenai keusahawanan. Beliau berpendapatan pedagang atau usahawan  sebagai penerimaan risiko, iaitu "buy at certain price-sell at uncertain price". Mereka membeli pada harga tertentu dan menjualnya pada harga yang tidak pasti, dengan ini mewujudkan unsur risiko dan spekulasi dalam menjalankan perniagaan.   

          Pada abad ke 18, pedagang yang mempunyai modal dibezakan dengan pedagang yang tidak mempunyai modal. Usahawan dibezakan dengan pemberi kapital atau pemodal (venture capitalist). "Venture Capitalist" adalah pengurus pelaburan professional yang menganalisis dan membuat pelaburan berisiko terhadap modal ekuiti yang dimiliki dan mendapat pulangan yang lebih tinggi ke atas pelaburan yang dibuat. Sebagai contoh, Eli Whitney & Thomas Edison merupakan seorang pengguna kapital, bukan pembekal modal .Pembezaan ini berlaku dengan perkembangan dan perubahan industri dan penciptaan yang berlaku di seluruh dunia. Setiap perubahan mendorong individu untuk merekebentuk yang lebih bermanfaat dan berkesan.

          Pada abad ke 19 dan 20, konsep keusahawanan telah berubah. Usahawan dianggap sebagai seorang yang membawa perubahan kerana terlibat dalam bidang penciptaan seperti idea baru, produk baru dan teknologi baru. konsep baru ini berkait rapat dengan istilah  dan "inovasi". Inovasi adalah idea yang memperkenalkan sesuatu yang baru. Usahawan berupaya mengesan peluang dan mencipta sesuatu atau membuat perubahan terhadap persekitaran. Keupayaan berinovasi merupakan kelebihan untuk membezakan ushawan dengan orang lain. Menurut Histrich & Peter (1988), keusahawanan adalah suatu proses dinamik untuk  mencipta dimana menanggung risiko besar di dalam ‘equity’, masa dan komitmen kerjaya atau proses mencipta sesuatu yang baru dengan mengambil kira masa dan usaha dengan mengambil kira risiko kewangan, psikologi dan sosial serta menerima manfaat daripadanya. Terdapat empat aspek asas di dalam keusahawanan iaitu mencipta sesuatu proses yang baru dan menpunyai nilai kepada usahawan dan pasaran dimana proses tersebut dibangunkan, perlukan kesetiaan terhadap masa dan usaha yang dilakukan, individu yang sanggup menerima risiko di dalam bidang perniagaan masing-masing terutama dari aspek kewangan, psikologi dan sosial, menerima banyak ganjaran iaitu kebebasan, kepuasan peribadi dan keuntungan.

          Pada abad ke 21, usahawan dikenali sebagai hero dalam pasaran bebas (Free Enterprise). Usahawan abad ini mencipta banyak produk dan perkhidmatan serta sanggup menghadapi banyak risiko di dalam usahanya. Ramai pedagang menggunakan pembaharuan kreativiti untuk membina empayar perusahaan. Usahawan cipta produk dan perkhidmatan baru dan percaya adanya risiko dalam perusahaan. Kuratko dan Hodgetts (2004) mendefinasikan usahawan sebagai: “Seorang yang berusaha untuk mengatur, mengurus dan mengambil risiko di dalam perniagaan. Usahawan juga adalah pemangkin kepada perubahan ekonomi yang menggunakan carian dengan maksud tertentu, perancangan teliti dan pertimbangan yang sesuai apabila membuat sebarang proses perniagaan. Dengan optimistik dan komited, usahawan bekerja dengan kreatif untuk memperolehi sumber baru dan memperbaharui sumber yang lama kepada kapasiti yang baru, semua ini hanya bertujuan untuk mencipta keuntungan.” Hari ini, usahawan adalah seorang invator (penemu cara baru) atau seorang ahli perniagaan yang mencari(mengenal pasti) dan meraih peluang yang ada; menukar peluang tersebut menjadi idea yang dapat dilaksanakan atau dapat dijual, menambah nilai, usaha, duit, kecekapan dan mengambil risiko dengan terhadap persaingan di pasaran apabila melaksanakan idea tersebut dan menyedari ganjaran yang akan diperolehi hasil dari usaha tersebut. Selain itu, Joseph Schumpeter (1990) juga mengatakan usahawan adalah seorang yang memperkenalkan inovasi sebagai inti keusahwanan dan berani mengambil risiko. Menurut Scaborough dan Zimmerer (1988), “Seorang yang mencipta suatu perniagaaan baru dan menghadapi suatu keadaan yang tidak pasti demi untuk memperolehi keuntungan dan pertumbuhan dengan mengenal pasti peluang dan menyediakan sumber untuk mencapainya. Usahawan selalunya bermula hanya dengan idea yang ada dan selalunya idea yang mudah dan menyediakan sumber yang perlu untuk memindahkan idea tersebut kepada perniagaan yang bersesuaian.”


Rujukan


Hannah Orwa Bula (ABD). (2012). Evolution and Theories of Entrepreneurship: A Critical                   Review on the Kenyan Perspective. International Journal of Business and                             Commerce, 1(11), 81-96.